Antara sebab kenapa admin tak berapa nak gemar dengan iOS adalah disebabkan oleh “closed environment” di dalam penggunaan aplikasi. Anda tidak boleh masukkan aplikasi luar dari apple store kecuali jika anda jail break phone ataupun apple TV anda.
Walau bagaimanapun, apple telah membenarkan anda untuk memasukkan aplikasi luar dengan menggunakan Xcode (hanya untuk iOS 10+). Cara dibawah akan menerangkan bagaimana untuk sideload kodi ke dalam ios anda tanpa perlu jail break.
Sideload perlu dilakukan di Mac OS X, bagaimanapun sekiranya anda hanya mempunyai pc / laptop boleh cuba menggunakan
virtual machine untuk memasukkan iOS kedalam system anda.
Pengesahan atau signing certificates hanya sementara (free akaun) untuk tempoh 7 hari, bagaimanapun sekiranya anda mempunyai akaun developer yang berbayar ianya akan bertahan selama setahun (boleh google untuk dapatkan id account developer).
Setelah pengesahan / signing certificate expired anda perlu mengulangi langkah di pengesahan semula ( mulai dari langkah 7) dan aplikasi kodi akan boleh digunakan semula. Untuk membuat akaun developer secara percuma sila pergi ke website ini :
https://appleid.apple.com dan untuk full developer akaun disini https://developer.apple.com.
Bagaimana untuk mendapatkan Kodi di iOS
Ini merupakan app untuk OS X yang boleh disahkan dan di compile ke format ipa files untuk dimasukkan ke dalam iOS anda. Untuk mengesahkan aplikasi, anda memerlukan minimum Mac OS X 10.9 dan Xcode 7 (boleh guna yang latest jika ada)
Sekiranya anda mempunyai akaun developer yang berbayar atau ingin renew, skip langkah 7 dan hanya gunakan aplikasi dan profile yang telah di compile.
File yang perlu di download sebelum melakukan proses ini:
Kodi deb file (download version paling latest) :
Link 1 @
Link 2
———————————————————————————————————————
Langkah 1: Plug in Ipad / Iphone ke Mac dan buka Xcode. Klik pada Application dan Single view Application.
Langkah 2: Masukkan Product Name (boleh namakan sebagai Kodi) dan Organization identifier (com.apa pun boleh) dan biarkan device ke universal. Tekan Next
Langkah 3: Xcode akan mengeluarkan error mengenai provisioning profile yang anda buat, hanya perlu tekan Fix issue.
Langkah 4: Xcode akan menyuruh anda untuk log masuk ke Apple ID, tekan Add…
Langkah 5: Selepas itu pilih ID dan sila klik Choose
- Sekiranya anda mempunyai device lain,
- Plug in device tersebut
- Pergi ke Product Menu
- Di menu Destination, pilih device
- dan ulangi dari langkah 3
Langkah 6: Error dari Xcode akan hilang dan boleh teruskan proses,
Langkah 7: Buka App Signer, pilih deb file yang didownload diatas, cari signing certificate dan provisioning profile yang telah diset pada langkah 3.
Langkah 8: Tekan start dan pilih output filename. Tekan Start
Langkah 9: Untuk install kodi ke dalam device pergi semula ke aplikasi Xcode, pilih menu Window dan klik pada Devices
Langkah 10: Selepas itu tekan + dan pilih file yang telah dibuat oleh iOS App Signer (langkah 8)
Langkah 11: Unplug dan buka iOS device anda. Aplikasi Kodi akan muncul di screen anda. Sekiranya ini kali pertama anda lakukan, akan keluar pop up “Untrusted Developer“. Tekan Cancel
Langkah 12: Pergi ke Setting >> General dan scroll down ke Device Management. Tekan Developer APP dan tap pada account yang anda gunakan untuk proses diatas. Kemudian klik Trust [nama akaun yang dibuat] dan tekan Trust sekali lagi.
Langkah 13: Boleh pergi semula ke Home Menu dan Kodi boleh dibuka. Kini anda boleh masukkan addon kegemaran anda.