Kodi merupakan media centre yang paling lengkap dan amat berguna untuk para pengguna yang gemar untuk stream movie dan juga live tv. Selain daripada penggunaan addon, terdapat cara lain yang membolehkan untuk menonton video di Kodi iaitu menggunakan NAS (Network Attach Storage) dan juga RSS media source. Untuk tutorial kali ini, kami akan membincangkan mengenai penggunaan RSS Media Source.
Dalam post yang terdahulu, kami ada mengajar cara menggunakan RSS ticker yang membolehkan anda untuk customize feed headline kepada feed kegemaran anda. Kali ni kami akan mengajar cara untuk menggunakan RSS Media Source untuk menonton video.
Sumber rss feed ini adalah daripada website HDFree. Dengan menggunakan rss media source membolehkan anda menonton filem dan drama daripada website ini secara terus di Kodi anda. Selain daripada itu, sumber drama dan filem daripada website telah pun mempunyai hardsub (english) dan anda tidak perlu untuk mencari subtitle.
———————————————————————————————————————————-
Bagaimana untuk menggunakan RSS media source
Langkah 1: Buka aplikasi “Kodi“.
Langkah 2: Pergi ke “Videos” dan pilih “Files”.
Langkah 3: Kemudian klik “Add videos”.
Langkah 4: Masukkan feed ini “rss://myrss.nu/drama” dan tekan Ok.
Langkah 5: Selepas itu anda akan melihat “Drama & Movies & Shows“.
Langkah 6: Terdapat banyak sub menu untuk pilihan movie. Hanya pilih mana yang berkenan dan anda boleh melayari video kegemaran anda
Langkah 7: Selesai. Video yang terdapat disini sudah pun mempunyai subtitle sendiri.
Selain daripada drama anda juga boleh memasukkan source untuk anime dan manga seperti gambar didalam langkah 5. Hanya perlu memasukkan feed seperti dibawah dan boleh melayari video kegemaran anda.
rss://myrss.nu/anime – anime collection
rss://myrss.nu/manga – manga collection
rss://irss.se/dramago – asian drama(source dramago)
rss://irss.se/animeplustv.php – anime collection
Youtube Tutorial Cara Menambah RSS Video Source
————————————————————————————————————————
Sekiranya anda tidak mahu menggunakan kodi, terdapat juga alternatif untuk menonton movie menggunakan rss feed di android atau iOS device menggunakan aplikasi RSS Media Player. Download aplikasi dibawah, masukkan url dan anda boleh terus menggunakan aplikasi tersebut untuk melihat movie seperti diatas