androidrepublica

Playlist Loader – Kodi Addon (Live TV)

Playlist Loader video add-on telah di develop oleh Avigdor. Addon ini membolehkan anda untuk memasang live tv dengan menggunakan url ataupun file playlist (M3U/XSPF).

Memandangkan ramai yang mempunyai masalah dengan Live TV PVR, playlist loader merupakan addon alternative yang sangat sesuai. Antara kelebihan menggunakan playlist loader berbanding Live TV PVR adalah addon ini membolehkan anda memasukkan banyak playlist dan juga lebih stabil serta efisyen

Sekiranya anda mempunyai list server tv atau mahu meng customize rancangan tv atau siaran radio yang mahu ditonton atau didengari, anda boleh menggunakan paste-bin (percuma) dan memasukkan list tv / radio kegemaran anda.

Untuk tutorial kali ini, anda boleh menggunakan playlist dibawah ;

Radio Malaysia – http://pastebin.com/raw/T1wdZrZ3
Sport Channel – http://pastebin.com/raw/LmsAdDL1
Live tv Malaysia : http://pastebin.com/raw/sjZrqJJY (byk link sudah tidak berfungsi)
Live tv Indonesia : http://pastebin.com/raw/0Pk2ffam
Live tv International : http://pastebin.com/raw/S7kt755Z
—————————————————————————————–

Bagaimana cara untuk mendapatkan addon Playlist Loader.
Download Plugin Playlist LoaderLink 1 @ Link 2  

Langkah 1: Download Plugin Playlist Loader diatas (Pilih salah satu link)
Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.
Langkah 3: Pergi ke “System” dan pilih “Setting”.
Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons”.
Langkah 5: Pilih “Install From Zip Files” dan pergi ke lokasi dimana file di download.

Langkah 6: Klik dan install plugin.video.playlistLoader-1.0.9.zip.

Langkah 7: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi. dan boleh ke section Video untuk menggunakan playlist loader. Ikuti cara dibawah untuk setup playlist anda.

klik add new list dan namakan playlist anda
pilih sama remote (dari internet) atau local-file (file yang telah di download. 
masukkan url list anda. boleh gunakan url diatas contoh diata
pilih list logo jika ada, atau tekan None
masukkan source logo jika ada atau tekan None
kini anda boleh melayari playlist anda – radio
atau pun menonton rancangan tv

———————————————————————————————————————


Bagaimana cara untuk membuat playlist anda sendiri.

Antara cara paling mudah untuk membuat playlist sendiri adalah dengan menggunakan Paste Bin. Boleh mendaftar secara percuma dan url boleh di edit dengan senang sekali.

Bagaimana untuk mendapatkan url untuk iptv list?

cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan  paste bin sendiri. keyword yang boleh digunakan adalah iptv @ astro @ live tv. Hanya sort ke recent date dan banyak playlist yang boleh dicopy paste ke dalam playlist anda

Selain daripada anda juga boleh join group-group iptv di facebook atau forum yang banyak berkongsi url iptv premium. Hanya perlu pilih channel yang digemari dan masukkan di playlist.
Untuk mendapatkan url radio atau live tv anda boleh ke laman web rasmi untuk mendapatkan secara terus dengan melihat source code dan cari ip server yang mereka gunakan (perlukan sedikit kepakaran untuk sniff dan grab list)

Playlist  ini juga boleh digunakan terus melalui aplikasi android/window tanpa perlu menggunakan Kodi.

IPTV apk untuk memainkan playlist atau fail M3U/XSPF

———————————————————————————————————————
Enjoy! Jangan Lupa Like FB Page kami untuk update terkini ; Kodi IPTV Malaysia


Exit mobile version