Youtube Kodi Addon – Quota Exceeded Limit

Youtube addon merupakan antara addon paling banyak digunakan di dalam Kodi. Banyak developer yang menggunakan youtube sebagai addon supporter didalam project mereka.
Selain daripada itu, penggunaan addon youtube, di android box terutamanya adalah amat senang berbanding menggunakan aplikasi youtube disebabkan oleh beberapa faktor seperti interface yang dan selection link yang mudah
Bagaimanapun terdapat beberapa masalah yang akan dihadapi oleh pengguna youtube addon seperti Exception in ContentProvider” dan juga yang paling popular Quota Exceeded”. Notification yang selalu diterima adalah daily limit exceeded.the quota will be reset at Midnight Pacific Time.
 
Masalah ini terjadi disebabkan oleh peningkatan dalam penggunaan Kodi diseluruh dunia. Google telah menghadkan API usage menyebabkan quota untuk penggunaan youtube addon berkurang menyebabkan berlakunya masalah seperti “Quota Exceeded”. 
 
Beberapa cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini seperti meningkatkan cache size ke tahap maximum iaitu 20MB.

Cache size dinaikkan ke 20MB
Bagaimanapun ini hanya lah sementara dan tidak dapat mengatasi sepenuhnya masalah diatas. Penyelesaian terbaik adalah dengan membuat sendiri API Key anda. Caranya amat mudah dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja. API Key ini boleh digunakan di kesemua device anda. Elakkan berkongsi API Key untuk sebarang masalah.

———————————————————————————————————

Bagaimana untuk mengatasi “Quota Exceeded” di Youtube Addon

Langkah 1: Pergi ke web Google Cloud Platform dan “Create project”. Anda perlu mempunyai account google terlebih dahulu.

 
Langkah 2: Namakan project anda dengan apa-apa sahaja nama
 
Langkah 3: Pergi ke menu Library dan klik “YouTube Data API”.

 
 
Langkah 4: Selepas itu, tekan menu “Enable”.
 
Langkah 5: Selepas itu pergi ke menu “Credential” dan “Create Credential” 
 
 
 
Langkah 6: Pilih menu yang pertama iaitu “API Key”.
 
Langkah 7: Menu pop up “API Key created” akan muncul, copy key ini dan tekan “CLOSE“.
Langkah 8: Selepas itu klik menu yang kedua “OAuth client ID”.
Langkah 9: Menu Create client ID akan muncul dan klik pada “Configure consent screen“.
Langkah 10: Isikan maklumat “Credentials” anda. Hanya perlu mengisi email address dan juga product name. Selepas selesai tekan “Save“.
Langkah 11: Selepas itu diruangan “Application type” pilih “Other“. Anda boleh menamakan apa sahaja. Tekan butang “Create“.
Langkah 12: Selepas itu, satu pop up menu untuk “OAuth client” akan keluar. Anda perlu “Copy” kedua key ini dan tekan “OK“. Pastikan anda remove apps.googleusercontent.com dari client id key.
Langkah 13: Masuk semula ke Kodi anda. pastikan anda mempunyai latest youtube addon. Install disini sekiranya masih belom ada, sila download.
Langkah 14: Masukkan id google di ruangan “Sign in”. anda perlu melakukan proses pengesahan sebanyak dua kali.
proses pengesahan id youtube
anda perlu memasukkan kod di http;//youtube.com/activate. Dua proses pengesahan perlu dilakukan
Selepas masukkan kod sila “Allow” untuk proses pengesahan kedua
Pengesahan untuk penggunaan kodi di youtube account anda.
 
Langkah 15: Selepas itu pergi ke menu add-on setting dengan menekan menu atau “C” semasa memilih addon youtube
highlight youtube addon dan tekan menu atau C di keyboard
Langkah 16: Pergi ke menu “API” dan klik pada “Enable Personal API Keys“. Kemudian masukkan “API Key” serta “OAuth client” dari proses diatas.
Sila aktifkan Enable Personal API Keys
Masukkan key yang didapati dari proses diatas.
Langkah 17: Kini anda boleh melayari youtube di Kodi tanpa sebarang masalah
Menu utama addon Youtube
 
 

13 Replies to “Youtube Kodi Addon – Quota Exceeded Limit”

  1. Oauth client nk kena isi dalam api id ataupun api secret?klu isi dlm api id then dlm api secret nk kena isi apa?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.