androidrepublica

Kodi v17 – Krypton

Krypton telah pun official di playstore dan boleh di update sekiranya anda menggunakan android 5.0 keatas. Untuk review kali ini, kami akan menunjukkan cara bagaimana untuk menambah source ataupun zip file.


Sekiranya anda membuat keputusan untuk update, segala addon dan juga build lama akan di migrate kedalam versi terbaru ini. Walaubagaimanapun tidak semua build (mystream contohnya) dan addon (setakat ni azdrama tak compatible) boleh digunakan.

Apakah kelebihan krypton berbanding Jarvis?
  • Skin Baru! Confluence telah digantikan dengan Estuary dan Estouchy (optimized untuk tablets).
  • Perubahan pada Settings & Menu.
  • Improvements pada DVDPlayer, membolehkan playback dari DVD discs/files.
  • Updates kepada video rendering dan openGL drivers.
  • Complete rewrite audio/video syncing (offset audio berkurang).
  • Improved playback untuk live streams. Tiada lagi full cache / memory penuh.
  • Input stream add-ons – Add-ons boleh support multiple stream qualities atau camera angles dengan menggunakan “on the fly in Kodi“. 
  • Kodi PVR settings improved. lagi stabil dan lancar (tidak lag macam jarvis)
  • Full HD audio passthrough support in Android. (So far hanya boleh guna melalui HDMI-ARC)
  • Android 5.0 Lollipop minimum. (libStageFright digantikan dengan mediacodec)
  • Custom AMLogic Kodi code telah di turned off, dan antara sebab mengapa Android 4.4 firmware tidak boleh menggunakan Krypton. Display refresh rate disable – mungkin akan menyebabkan delay audio / video jika content dan hardware berbeza rate.
  • Third-party add-ons (kena enable unknown sources mcm phone), kemungkinan besar untuk mengelakkan dari penggunaan piracy addon.
  • Music library improvements – tag reading dan scraping
  • dan banyak lagi penambahbaikan

Okeh. Itu adalah beberapa kelebihan (atau kekurangan??) yang admin dapat perhatikan. Sekarang admin akan tunjukkan cara menambah source dan juga install addon from zip.


Update : Untuk user yang tidak mahu menggunakan kodi 17 dan ingin kembali ke Kodi 16, boleh install secara terus dari official website kodi : Kodi 16 Jarvis 

Bagaimana untuk 3rd Party Addon

Langkah 1: Buka Kodi dan pergi ke Setting


Langkah 2: Selepas itu pergi ke System Setting.


Langkah 3: Pilih menu Add-ons dan enable kan Unknown source.

Langkah 4: Selepas itu akan ade pop up warning dan tekan Yes.


Bagaimana untuk Menambah Source di Kodi – Krypton

Langkah 1: Pergi ke Home Screen dan tekan Setting


Langkah 2: Pilih File Manager.




Langkah 3: Tekan Add Source.




Langkah 4: Dan masukkan source url dan nama dan tekan ok. Kini source url sudah disimpan didalam system anda.



Bagaimana untuk Menambah addon di Kodi – Krypton


Langkah 1: Pergi ke Home Screen dan pilih Add-ons.



Langkah 2: Pilih Add-on Browser Icon.



Langkah 3: Pilih Install from zip file.


Langkah 4: Pilih addon di lokasi yang anda simpan / download atau pilih source yang dimasukkan dalam langkah diatas.

Bagaimana untuk menukar appearance/skin di Kodi – Krypton


Langkah 1: Pergi ke menu Add-ons dan pilih My add-ons. kemudian pergi ke Look and feel.



Langkah 2: Pilih menu Skin.


Langkah 3: Dan anda boleh memilih Aeon Nox.




Langkah 4: Hanya perlu tekan use dan skin akan ditukar. Selepas itu anda boleh mendownload skin confluence (skin default jarvis).


Sekiranya anda mempunyai masalah dalam penggunaan kodi krypton boleh ajukan diruangan komen atau pm kami di facebook. Enjoy!

Tutorial Youtube untuk yang baru ingin menggunakan Kodi


Exit mobile version