androidrepublica

Cara Unlock HyppTV Box EC6108v8

Sebelum ini kami ada berkongsikan cara untuk memasukkan APK ke dalam HyppTV STB menggunakan SDK Tool. Walaubagaimanapun cara itu tidak boleh digunakan sekiranya anda tidak mempunyai developer access.

Untuk tutorial kali ni kami akan berkongsi cara yang mudah untuk memasukkan APK kedalam fresh HyppTV Box yang sudah pun di update. Cara ini telah pun dikongsikan oleh forumer bsb85my.

Apa yang diperlukan untuk menggunakan kaedah ini adalah:

Bagaimana untuk memasukkan APK kedalam HyppTV STB

Download file dibawah. Terdapat dua folder iaitu STBManageTool untuk unlock port dan juga CMDTool file untuk menjalankan adb serta file apk untuk dimasukkan kedalam Box anda.


Langkah 1
  • Pastikan anda enable wireless connection di STB.
  • Pastikan laptop/PC dan Box connected dengan router (same network).
  • Cari  IP address Box anda (eg: 192.168.0.xxx – boleh cari di router).
  • Test Box connection dengan laptop/PC dengan pinging  device (run CMD dan type “ping 192.168.0.xxx”).
Langkah 2
  • Download Huawei_STB_Management.zip diatas dan extract  file.
  • Browse STBManageTool folder dan run STBManageTool.exe



Langkah 3

  • Browse dan cari license.dat file di dalam folder yang di download diatas dan tekan next

 

Langkah 4
  • Tekan tab seperti gambar dibawah
  • Masukkan IP address yang diperolehi dalam langkah 1
  • Masukkan username ⇨ huawei
  • Masukkan password ⇨ .287aW (pastikan ada dot dihadapan no 2)
  • Dan connect setelah selesai membuat langkah diatas 
Step 5

Untuk menjalankan cmd, download dan run CMDTool daripada folder di bawah

  • Pergi ke folder dan execute cmd.exe 
  • Masukkan command line seperti dibawah
  1. adb devices
  2. adb connect “STB IP address”
  3. adb install xxxxxx.apk 
Selesai. Kini anda boleh masukkan apk secara terus menggunakan teknik diatas. Pastikan anda membaca dan mengikuti arahan diatas untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dah Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Exit mobile version