Sebelum ini kami ada berkongsikan cara untuk memasukkan APK ke dalam HyppTV STB menggunakan STB Tool dan juga cara memasukkan playstore ke dalam box. Bagaimanapun update terbaru dengan software version SPC telah pun block ke semua cara diatas.

Walaubagaimanapun ada cara atau loophole yang masih boleh digunakan untuk mendownload dan install aplikasi android kedalam hypptv box dengan lebih mudah. Hanya memerlukan keyboard ataupun airmouse.

Cara ini telah pun dikongsikan oleh neocyke di forum loywat. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh search di forum tersebut.


Bagaimana untuk memasukkan aplikasi android kedalam hypptv box

Langkah 1 : Buka stock browser dan pergi ke laman web yang membolehkan anda untuk mendownload aplikasi android secara terus seperti androidrepublica, aptoide, apkpure atau apkmirror.

Langkah 2 : Sekiranya anda cuba untuk mendownload secara terus akan keluar “sorry does not support download” error.


Langkah 3 : Apa yang perlu dilakukan adalah klik+hold di link download (direct link) sehingga muncul menu seperti dibawah, dan pilih ‘save link’. (double tap+hold sekiranya menggunakan trackpad)

Langkah 4 : Selepas itu file akan di download dan hanya tunggu sehingga selesai proses mendownload.


Langkah 5 : Selesai sahaja proses mendownload hanya perlu tekan Ctrl+J (tekan ketika browser page masih dibuka) dan akan keluar stock droid Download Manager.


Langkah 6 :  Hanya tekan pada aplikasi android yang  didownload dan mulakan proses installation.

Langkah 7 : Selesai. Selepas itu aplikasi boleh digunakan seperti biasa. Untuk memudahkan urusan, aptoide merupakan alternative terbaik untuk mendapatkan aplikasi android secara mudah seperti google play store.

Maintenance code for HyppTV Box  : 6872


Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna!

 

 

 

177 Replies to “Cara Install Aplikasi Android Di HyppTV Box Baru”

        1. Salam tuan.. Saya x blh buka browser di hyyptv.. Keluar please app.. Boleh ke saya download dari pc save ke thumb drive install ke hyyptv? Terima kasih tuan..

      1. Salam tuan,,,tumpang tanya apa apk yg boleh diguna pakai sekarang ni ya untuk download es file explorer ke dalam box hypptv,,,?box baru kena update dah lama x bukak.semua file dah hilang

    1. sy install astro on the go dri androidrepulica tapi xdpt guna.keluar mesej cannot for purchase version. dapat bantu?

  1. Ape server address terbaru utk buat hypptv system upgrade. Itu hari dah buang url tapi tak tau save kat mane.

  2. Sy bjaya install aptoide. Tp bila nk install playstore x bole. Di tulis x app not installed. Tp install youtube bole plak..

  3. saya dah mencuba dan berjaya tetapi dengan kaedah berikut :-
    1 . mengikut urutan langkah 1 – 7 tetapi dengan menukarkan port lan cable no.2 baru dapat download “apk”
    2. selepas langkah 7 kesemua apps boleh di gunakan dengan baik mengunakan “port lan no.2” bukan iptv port (no.1)
    3. masalah yang di hadapi jika hendak menonton hypptv “terpaksa” secara manual dengan menukar lan cable ke “port no.1 (port iptv)” dan jika hendak menonton iptv,kodi youtube o browser internet kena tukar port no.2 semula =(

    mohon bantuan tentang masalah saya

      1. Dah pakai wifi unifi box tu. Masa download app aotg tu boleh pulak wifi tu. Bila open app tu kata “purchase temporarily not available”. Dia tak pergi login page balik ke image aotg. Walhal dah register kat google email etc. Kalu nak enable wifi tu cmne kat unifi box tu. Adakah NTP server yg imej jam punca clean up download tu. Ec6108v8

  4. Saya cuba buka stock browser tapi dah tak boleh bukak internet. Bila call unifi, diorang cakap dah disable internet access. Ada cara tak?

  5. Ya saya telah mengikuti step penuh daownload, dan saya pun nampak download arrow di screen bawa, tapi tunggu lama tak pop up download completed utk install, kenapa? adakah cara ini sudah blocked lagi.

      1. bagaimana nak ilangkan pop up download kat bawah tu…ada banyak logo arrow download la…sakit mata memandang.

  6. Sudah berjaya..tapi bila install apk t live & movie..TIADA SOUND..ada tak cara utk dapatkan sound..sy connect thru hdmi cable..tq

  7. terima kasih, saya telah berjaya install ES-explorer . tepi tidak berjaya utk google play store, keluar error. adakah version tak sesuai utk box ini?

  8. Salam tuan. Maaf kalau tanya tak kena section. Nak tanya ni group FB hilang ke? Semalam ada lagi.. hari ni nak tengok update dah hilang..

  9. Kalau mcm ni.. Baik tkyah install aptoide.. Sb sy nk pkai kodi je.. Kalau direct save link kodi boleh kan..?

  10. Pastikan hypptv di enable wifi. Pegi ke download link (cari es explorer apk) dan click lama utk kuarkan menu save link. Tutup browser. Click balik web browser dan masa ni tekan Ctrl + j. Akan kuar stock download manager dan click apk file (saya cadangkan es explorer) yg baru install tu. Dah ada es explorer tu apa2 dr pendrive dah boleh install. Sebaiknya copy apk file dari pc ke pe drive dan install la sesuka hati. Contohnya apk movie ke , tv ke (mobdro apk, terrarium apk, livenettv apk etc). Selamat mencuba

    1. Hi..saya dah boleh download es file explorer.apk tapi bila click untuk download, ada pop up yang box blocked download from unknown source. Boleh ke kita tukar setting kat hyptv tu?

      1. salam tuan…sama kes…sdh download….control +j tp bila mau install tdk blh…keluar set box block….bila tekan setting…tidak keluar …jadi mamcna untuk tukar setting box tu supaya dpt install.. .

    2. Saya dah ikut sop tu ok. Cuma kat stb tm tu mod 8.2.4 aotg tu tak leh access. Pop up kata “no purchase tempory” sama juga dgn njoi now

  11. Salam admin. Sy ada akaun unifi lite. Sy ada masalah nk install dan tonton playtv@unifi kat dlm android box. X semua channel boleh view walaupun dah free. Adakah dgn membeli set hypptv box dan jailbreak sy dpt mengatasi masalah tadi.? Mohon penjelasan.

  12. kalau dah install apk dalam box tm ni.. kemudian tm ada buat upgrading.. ada masalah ke dgn apk yg kita install ni? tq admin..

  13. Admin, sy dah buat ngan jayanya.. Tq.
    Anak panah download complete kt bawah mcm mana nk hilangkn. Tq.

  14. Oo.. Dah tekan ctrl +j pn tk keluar install? Dh tukar permision utk install pn tk jd? Sy pn tk pasti. Sy buat 1x dh ok. Nanti admin tlg jawab masalah ni.

  15. mohon pandangan, apa add on yang support untuk KODI yang menggunakan set top box hypptv TM?

    exodus – x boleh dah

  16. Salam tuan, lepas sy download app kat box, dekat bwh tu dia ada icon download, bnyak lak tu, cmne nk kasi clearkn icon tu ye. Trima kasih

  17. Salam tuan mcm mana nak retrieve download apk guna air mouse or remote…..xder keyboard utk tekan ctrl J…..mintak bantuan tuan tq

  18. Salam tuan, lepas sy download app kat box, dekat bwh tu dia ada icon download, bnyak lak tu, cmne nk kasi clearkn icon tu ye. Trima kasih

    1. Soalan sy kat atas tu, dan sy da dpt cara nk sttlekn dia, bukak apps manager dan clearkn data utk apps “Download”… Icon download kt main screen akan clear..

  19. Saya punya boleh download tapi bila tekan ctrl+j x kuar apa2.. Dah 3x buat still x kuar download manager.. Camne nk buat?

  20. Bro
    Maaf ya.
    HypoTV STB saya SPC001.
    Saya ikut aje semua steps atas tapi tak dapat download…. minta bantuan….
    Adr cara lain?

    Juga coba cara STB_Manage_Tool dan ADB tak dapat connect dengan IP address seperti IP add dpt dr STB box tu.

    Ribuan terima kasih in advance
    +60162625780

  21. Saya save link download dari androidrepublica index of apk tapi di download hanya keluar “queued” bukan apk file. Mohon bantuan.

  22. Hi. 1. Terime kaseh banyak² sebab site ni sangat membantu saye. 2. Saye dah ade aptoide tapi masalah “Parse Error” ni.

  23. Salam semua, saya baru je dapat hyyptv box SPC001 29/10/18, sampai sekarang nak browse ke google pun tak boleh. ada sape boleh bantu? dah set wlan enable.

  24. Saya dah install bbrp apps lps tu nak matikan upgrade ttpi x ada option utk remove & confirmkan. Sudah masuh code ye?

  25. Sapa boleh tlg buatkan area jitra/alor set ar kedah? Dah try byk kali tekan CTRL + j tapi tak keluar apa2.

  26. Saya stuck dekat langkah 3. Kalau tak ada ‘save link’ tu mcm mana ye? Hanya ada ‘open’, ‘open in mew tab’, ‘copy link url’ dan ‘select text’ je.

  27. Kalau nak senang, download google chrome dulu..lepas tu dah boleh guna google chrome utk download app lain..kalau sapa2 ada masalah untuk install area shah alam sy boleh tolong buat..emel ke mfaziana02@gmail.com

  28. Kita boleh sahaja nk install third party apps seperti Netflix, Youtube, Kodi di Stb box Unifi TV. cuma kita perlu ada 2 enjin penting google di stb box kita. download saja di google@ apkpure pastikan dua enjin google tu sama versi dengan stb box Unifi TV. install mcm biasa kemudian restart stb box. lepas restart korang akn nampak dua enjin google nie ada di stb box korang. pergi setting stb box cari google play service dan clear data. korang sign le guna email korang. tadaaaa…korang dh boleh guna play store mcm biasa. Boleh menonton netflix UHD di TV 4k korang. hanya dengan stb box unifi yg 1Gb ram sahaja. hahahahaha…..

    1. bos, apkpure dah install dalam box, pastu bila search apps dalam apkpure nak install xboleh pulak..pelik la nape jadi gitu eh..

  29. salam.. box dah terupdate latest version. dah download guna browser tp bila install keluar kat skrin box telah diset utk tidak install unknown application. ada cara tak utk bypass?

  30. ada sape2 masih guna cara ni tak kat box putih hyyptv? nak tanya la, da install apkpure apps dalam box, bole search apps dalam tu..tapi masalah nya xleh install..kalau apps file apk bole install tapi dalam apkpure ni semuanya file type xapk..so xleh install..acane tu eh

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.