androidrepublica

Cara Install Aplikasi Android Di HyppTV Box Baru

Sebelum ini kami ada berkongsikan cara untuk memasukkan APK ke dalam HyppTV STB menggunakan STB Tool dan juga cara memasukkan playstore ke dalam box. Bagaimanapun update terbaru dengan software version SPC telah pun block ke semua cara diatas.

Walaubagaimanapun ada cara atau loophole yang masih boleh digunakan untuk mendownload dan install aplikasi android kedalam hypptv box dengan lebih mudah. Hanya memerlukan keyboard ataupun airmouse.

Cara ini telah pun dikongsikan oleh neocyke di forum loywat. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh search di forum tersebut.


Bagaimana untuk memasukkan aplikasi android kedalam hypptv box

Langkah 1 : Buka stock browser dan pergi ke laman web yang membolehkan anda untuk mendownload aplikasi android secara terus seperti androidrepublica, aptoide, apkpure atau apkmirror.

Langkah 2 : Sekiranya anda cuba untuk mendownload secara terus akan keluar “sorry does not support download” error.


Langkah 3 : Apa yang perlu dilakukan adalah klik+hold di link download (direct link) sehingga muncul menu seperti dibawah, dan pilih ‘save link’. (double tap+hold sekiranya menggunakan trackpad)

Langkah 4 : Selepas itu file akan di download dan hanya tunggu sehingga selesai proses mendownload.


Langkah 5 : Selesai sahaja proses mendownload hanya perlu tekan Ctrl+J (tekan ketika browser page masih dibuka) dan akan keluar stock droid Download Manager.


Langkah 6 :  Hanya tekan pada aplikasi android yang  didownload dan mulakan proses installation.

Langkah 7 : Selesai. Selepas itu aplikasi boleh digunakan seperti biasa. Untuk memudahkan urusan, aptoide merupakan alternative terbaik untuk mendapatkan aplikasi android secara mudah seperti google play store.

Maintenance code for HyppTV Box  : 6872


Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna!

 

 

 

Exit mobile version