androidrepublica

Cara Mudah Install Aplikasi di Android Smart TV

Sekiranya anda pengguna android smart tv dan mengalami kesukaran untuk mendownload serta install aplikasi ke dalam device baru anda, kini ada cara lebih mudah yang ingin kami kongsikan.

Seperti yang anda sedia maklum, android smart tv hanya membenarkan anda untuk install aplikasi dari google play store yang compatible dengan os android tv sahaja.

Selain daripada itu, anda juga akan mengalami kesukaran untuk mendownload aplikasi secara terus di android smart tv anda kerana kebanyakkan browser system sudah pun di disable oleh system.

Kini ada cara yang lebih mudah dan senang untuk digunakan. Anda boleh mendownload dan install secara terus apa-apa aplikasi android terutamanya IPTV, dan juga aplikasi movie yang tidak terdapat dalam google play store dengan menggunakan Send Files To TV.

Bagaimana cara menggunakan Send File To TV

Langkah 1: Download aplikasi Send File To TV di Android Smart TV dan juga smartphone/tablet/pc anda.

Langkah 2: Buka aplikasi di kedua-dua device anda. Pastikan mempunyai connection wifi yang sama.

Langkah 3: Tekan butang send di smartphone atau pc anda. Selepas itu tekan receive di android smart tv.

Langkah 4: Pilih file atau aplikasi android (apk) yang ingin disend ke android smart tv anda.

Langkah 5: Selepas memilih file yang ingin dihantar, pair sahaja dengan device yang ingin di receive.

Langkah 6: Selepas itu, proses transferring akan berlaku. Kelajuan bergantung kepada speed internet anda.

Langkah 7: Selesai proses transferring, hanya buka file yang dihantar. Sekiranya anda menghantar file apk android. File boleh di cari di download folder.

Pastikan anda sudah menginstall aplikasi File Manager untuk membolehkan file apk di install ke dalam android smart tv anda. Hanya buka file apk melalui File Manager dan boleh install seperti biasa.

Sekiranya anda inginkan pakej iptv terbaik lagi termurah dimalaysia boleh singgah shop serta shopee page kami. Enjoy!

Exit mobile version