androidrepublica

Dramacool Kodi Add-on

DramaCool adalah laman web yang menyediakan platform untuk pengguna menonton drama, filem, dan rancangan TV Asia secara percuma. Ia utamanya memberi tumpuan kepada kandungan Korea, China, Jepun, dan Taiwan, menawarkan pelbagai genre seperti romantis, komedi, aksi, dan lain-lain. Pengguna boleh menonton kandungan secara dalam talian atau memuat turun untuk ditonton secara luar talian.

Kini anda boleh terus untuk menstrim dengan mudah segala content dengan menggunakan Dramacool Kodi Add-ons tanpa perlu melalui pop-up iklan dan juga interface yang lebih mudah.

Anda tidak perlu menambah perkhidmatan premium debrid pada DramaCool; segala sesuatunya telah disediakan untuk anda. Pilih server pelayan yang disediakan oleh DramaCool, dan drama Asia kegemaran anda akan mula diputar secara terus.

Berikut adalah cara untuk memasang add-on di dalam aplikasi kodi anda. Panduan pemasangan ini adalah sama dan boleh digunakan dimana-mana device serta platform kodi digunakan.

Enable Unknown Sources di Kodi 20 Nexus

Untuk memasang add-on DramaCool Kodi, anda perlu mengakses Repositori Lime Add-ons, dan untuk itu, anda perlu ‘enable unknown source’ di dalam setting kodi terlebih dahulu.

  1. Buka Aplikasi Kodi 20 Nexus.
  2. Pergi ke Home screen.
  3. Klik pada icon Settings (gear icon).
  4. Pilih System.
  5. Pilih Add-ons.
  6. Slide the toggle next kepada Unknown sources.
  7. Kotak mesej amaran akan muncul, klik ‘Yes’ untuk meneruskan.

Cara Install add-on Dramacool melalui Repository

Dalam bahagian ini, akan di tunjukkan cara memuatkan naik repositori Lime Add-ons yang merupakan tempat untuk menginstall DramaCool. Jadi, mari kita mulakan:

  1. Pergi semula ke halaman Home screen.
  2. Tekan Settings (gear icon).
  3. Pilih File manager.
  4. Pilih Add source.
  5. Pilih <None>.
  6. Masukkan URL sumber rasmi add-on : https://groggyegg.github.io
  7. Di bahagian “Enter a name for this media source“, masukkan apa-apa nama dan tekan OK.
  8. Pergi semula ke Home screen.
  9. Pilih Add-ons.
  10. Pilih Package installation (open box icon).
  11. Tekan menu Install from zip file.
  12. Pilih sumber media yang baru anda tambahkan (step 7)
  13. Pilih fail zip, repository.lime-X.X.X.zip dan klik OK.
  14. Tunggu notifikasi Add-on enabled – Lime Add-ons Add-on installed.
  15. Pilih Install from repository.
  16. Pilih repositori yang baru anda pasang (step 13) – Lime Add-ons..
  17. Buka Video add-ons.
  18. Pilih dramacool add-ons dan klik Install.
  19. Beberapa tambahan tambahan juga akan dipasang bersama DramaCool; klik OK untuk mengesahkan.Add-on installed notification.
  20. Setelah selesai, satu mesej pengesahan akan muncul – DramaCool Add-on installed.

Selesai. add-ons telah berjaya dipasang dalam Kodi 20 Nexus anda. Sekiranya masih kurang paham sila rujuk disini ; tutorial bergambar step-by-step cara install addon untuk beginner.

Note: Jika add-ons tidak berfungsi seperti yang dijangkakan selepas pemasangan, sila hubungi developer atau join group telegram AR untuk lebih info.

Exit mobile version