androidrepublica

Downloader – Cara Mudah Sideload Aplikasi di Android TV

Aplikasi Downloader adalah apps serbaguna yang membolehkan user untuk muat turun aplikasi pada pelbagai peranti streaming. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk memuat turun dan memasang aplikasi pihak ketiga.

Ia sangat popular dan digunakan oleh “cord cutter” untuk memasang aplikasi yang menyediakan perkhidmatan streaming, utiliti, atau kandungan lain yang mungkin tidak disokong secara rasmi oleh play store.

Antara fungsi aplikasi ini adalah :

Dengan menggunakan downloader, anda boleh terus akses dan muat turun aplikasi yang tidak boleh didapati di kedai aplikasi rasmi untuk peranti anda. Selain itu ia boleh digunakan sebagai untuk menguruskan fail dengan mudah samada untuk menyusun, mendelete atau menggunakan fungsi rename.

Cara Mudah Install Aplikasi Downloader di Android TV

1. Pilih Google Play Store daripada skrin utama.

2. Klik pada ikon carian.

3. Taipkan “Downloader” dan klik Cari.

4. Pilih Downloader oleh AFTVnews.

5. Klik Install.

6. Selepas pemasangan, kembali ke skrin utama dan pergi ke Setting.

7. Scroll kebawah dan click “Device Preferences“.

8. Klik “Security & restrictions“.

9. Klik “Unknown sources“.

10. Dalam skrin “Install unknown apps” cari dan klik Downloader untuk allowed access.

Selesai! Aplikasi Downloader kini sudah mendapat full access untuk sideloading pada peranti anda.

Sekiranya masih mempunyai masalah dan tidak dapat menginstall aplikasi downloader, sila join group telegram AR untuk lebih info.

Exit mobile version