Fungsi asas AirDroid adalah percuma dan tidak mempunyai iklan. Ia berfungsi sebagai web server dan membenarkan anda berkomunikasi (install dan uninstall aplikasi di android box) secara mudah dengan hanya menggunakan browser.
Bagaimana untuk mendapatkan AirDroid
Anda boleh mendownload aplikasi AirDroid ini disini : Download AirDroid
Selepas itu install dan buka aplikasi. Anda boleh terus menggunakan aplikasi ini atau mendaftar. Ia adalah percuma dan boleh dilakukan menggunakan web browser di bawah atau menggunakan aplikasi secara terus.
Selepas alamat tersebut dimasukkan ke dalam web browser, akan ada pop menu untuk mengesahkan proses untuk menyambung kepada device anda. Hanya perlu tekan accept dan kini anda boleh mengawal android box anda menggunakan web browser.
Sebaik sahaja web browser mengakses android box, anda akan melihat menu seperti dibawah yang mengandungi links dan juga statistik tentang android box anda. Selain itu, anda juga boleh melihat Wi-Fi connection, connection bar dan juga paratus bateri (sekiranya menggunakan phone)
File Management (Menghantar dan Mendelete file)
Klik pada menu file untuk melihat kandungan SD card anda. Proses untuk mendelete dan juga mengemaskini file adalah sangat pantas kini anda boleh sentiasa mengemaskini android box anda.
Hanya perlu drag atau menambah file dan ia akan terus dihantar ke android box. Sesuai digunakan untuk menghantar repo atau plugin kepada android box.
URL
Fungsi URL boleh digunakan untuk menghantar URL kepada android box atau phone anda. Hanya taip web address yang diingini dan tekan butang send. Boleh digunakan untuk menghantar source url untuk menambah repository kodi. Hanya copy dan paste di Kodi anda tanpa perlu menaip.
Clipboard
Apps
Antara fungsi terbaik aplikasi ini. anda boleh menginstall aplikasi secara terus kepada android box anda. Mudah saja, hanya perlu drag ataupun tambah file apk dan aplikasi akan di install didalam box anda. Tidak perlu lagi menggunakan ES Explorer untuk pengguna Hypptv Box
Gunakan butang delete untuk membuang aplikasi atau Eksport untuk muat turun sebagai fail Apk ke komputer anda.
Lain-lain Fungsi tambahan yang menarik
Menghantar Text Masej
Sekiranya android box anda mempunyai aplikasi mesej, anda boleh mengawal semua proses tersebut menggunakan web browser. Selain itu anda juga boleh melihat kesemua log dan juga contact detail.
Mendengar Music
Panel Muzik membolehkan anda menggunakan peranti Android anda sebagai sebuah peti lagu. Mencari muzik dan bermain – anda akan mendapat satu widget yang tetap pada skrin utama AirDroid ini.
Eksport dan Import pilihan yang sama membolehkan anda untuk memindahkan fail muzik ke dan dari peranti anda. nada dering boleh diuruskan secara berasingan daripada panel Nada dering yang
Call Logs
Fungsi ini hanya sesuai digunakan di phone anda kerana amat jarang android box yang mempunyai fungsi membuat panggilan. Anda boleh membuat panggilan keluar dan juga melihat contact detail yang terdapat di device anda.
Fungsi – Fungsi Lain
Menggunakan airdroid anda boleh mengakses fungsi kamera yang terdapat di phone anda. Selain daripada itu anda juga boleh menukar dan memasang ringtone baru ke dalam device. Fungsi screenshot membolehkan anda untuk mengambil gambar dan video di screen phone anda melalui web access.
AirDroid ini antara android apps yang sesuai digunakan untuk customize android anda tanpa perlu menggunakan usb cable dan ia amat mudah dan pantas. Bagaimanapun fungsi asas airdroid hanya di limit kepada 200 mb / bulan.. Quota ini akan di reset setiap bulan dan pastikan anda hanya menggunakan fungsi file transfer jika perlu sahaja. Fungsi-fungsi lain masih boleh digunakan sekiranya quota telah maximum.