Nox Player : Best Android Apps Emulator

Bagi yang tidak mempunyai android device tetapi ingin mencuba pelbagai jenis aplikasi IPTV android yang menarik dan percuma, terdapat beberapa aplikasi android emulator yang boleh dicuba sebelum anda membeli sendiri peranti android box.

Antara aplikasi android emulator yang paling popular dan boleh dikatakan amat mudah untuk digunakan adalah Nox Player, dari bignox. Terdapat banyak kelebihan menggunakan Nox Player kerana ia mempunyai performance yang tinggi, sangat compatible dan boleh dikatakan mempunyai fungsi asas yang lebih baik berbanding emulator android yang lain.


Aplikasi ini boleh digunakan di window dan juga mac. Nox Player mempunyai kernel yang stabil dengan fungsi asas android 4.4.2 dan compatible dengan x86 dan juga AMD. Hanya perlu download mana-mana apk dan hanya double klik atau pun drag saja apk tersebut ke aplikasi Nox player untuk menginstall aplikasi android tersebut.

Selain daripada itu, antara fungsi paling menarik didalam penggunaan Nox Player adalah bermain games daripada play store. Terdapat banyak games menarik yang boleh didapati di dalam play store secara percuma mahupun berbayar dan Nox Player mempunyai fungsi asas untuk mapping keypad dan autokey yang akan memudahkan untuk controlling games.


Bagaimana cara untuk mendapatkan Nox Player

Terdapat dua versi yang boleh digunakan iaitu untuk peranti window dan juga mac. Hanya perlu download aplikasi dibawah berdasarkan OS yang anda gunakan.


Sekiranya anda menggunakan Window download Nox Player for Window
Sekiranya anda menggunakan Mac download Nox Player for Mac
Langkah 1: Download Aplikasi diatas berdasarkan device anda (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).

Langkah 2: Selesai mendownload, klik untuk installation.


Langkah 3: Proses akan memakan sedikit masa bergantung kepada spesifikasi device anda.



Langkah 4: Selesai sahaja proses installation anda akan dibawa screen kepada tutorial dimana cara-cara untuk menggunakan aplikasi ini akan di tunjukkan. 


Langkah 5: Selesai sahaja proses tutorial anda boleh register google account dan mendapatkan aplikasi android atau IPTV kegemaran anda..

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dah Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

7 Replies to “Nox Player : Best Android Apps Emulator”

  1. Bro kenapa saya pasang Myitv Versi Layarku TV bila run tv1 gelap saja tak ada paparan cuma suara yang keluar

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.