Kodi ni memang best. Macam-macam benda yang boleh kita tengok di kodi. Bagi ibu bapa yang sudah mempunyai anak-anak kecil, kadang-kadang sangat merbahaya kalau dibiarkan budak-budak dengan kodi ni bersendirian. Silap haribulan terbukak pula cerita 18+. Sangat merbahaya.
Selain itu, setting kodi anda juga boleh lari dan boleh menyebabkan masalah yang dan terpaksa untuk reinstall balik. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membuat 2nd profile untuk anak-anak anda. Anda boleh setkan password untuk master profile supaya anak anda hanya bole mengakses 2nd profile.
Dengan membuat dua profile berbeza anda boleh menghalang perkara diatas daripada berlaku. Selain daripada itu setiap profile boleh di set dengan background berbeza dan juga addon berbeza.
Bagaimana untuk membuat Profile di System Kodi anda
Langkah 1: Buka aplikasi “Kodi”.
Langkah 2: Pergi ke “System” dan klik mene “Profile”.
Langkah 3: Enable Kan “Login screen”.
enable kan login screen |
Langkah 4: Kemudian klik pada tab “Profiles”. tambah profile dengan menekan “Add profile”.
add profile baru anda |
Langkah 5: Anda boleh menambahkan profile dengan nama yang diingini.
Langkah 6: Kemudian “browse for folder” akan muncul, hanya tekan “Ok”.
browse for folder |
Langkah 7: Boleh menambah gambar di bahagian “Profile picture”. Klik lock preference untuk menambah password. Pastikan anda set password di master profile.
customize profile kedua |
Langkah 8: klik “Copy default” atau sekiranya anda ingin bermula dari mula, klik “Start fresh”.
fresh setting ataupun copy from default |
fresh media source ataupun copy from default |
Langkah 9: Sekarang profile tambahan sudah diset. Apabila anda start Kodi, screen untuk memilih profile akan muncul.
profile tambahan |
Langkah 10: Anda boleh customize 2nd profile dan menambah addon yang dirasakan sesuai untuk anak anda. Sangat selamat dan effective.
Enjoy! Jangan Lupa Like FB Page kami untuk update terkini ; Kodi IPTV Malaysia