Cara Menggunakan Kodi / XBMC (custom mode)


Setelah hampir 4 tahun menggunakan kodi akhirnya tergerak hati untuk berkongsi tip dan juga cara-cara menggunakan Kodi. Masa mula-mula install dulu memang seronok sangat. Sanggup tak tido malam sebab nak setup kodi. 

Mau nya tak syok, sebelum-sebelum ni hanya mendownload sikit-sikit je movie atau tv series, tapi bila dah ade kodi, haa layan la sampai nak muntah. Hari ini tayang di tv malam nya dah keluar dekat kodi, memang cepat betul update. Itu yang seronok guna kodi ni. 

Apa kodi ni?

Kodi ini open source applikasi yang boleh install di semua platform seperti Linux, Window, iOS dan juga yang Android.

Asalnya Kodi ini adalah merupakan media center untuk Microsoft Xbox, selepas itu mula di port ke aplikasi system lain dengan gelaran Xbox Media Center (XBMC). Selepas beberapa siri penambahbaikan dan juga naiktaraf akhirnya nama XBMC telah ditukarkan kepada Kodi.

Interface Kodi agak friendly user dan senang untuk digunakan. Untuk menonton rancangan yang dikehendaki anda perlu memasukkan addon kedalam system kodi. Sama juga macam Netflix dan Hulu, anda juga boleh menonton movie dan tv series. Tetapi yang menariknya adalah kodi ni open source dan percuma. Bukan sahaja boleh menonton movie beserta sarikata, anda juga boleh menonton siaran live TV dan juga siaran sukan (bolasepak, badminton etc..)

Syarat untuk menggunakan aplikasi ini, kelajuan internet hendaklah 2MBPS > untuk mengelakkan streaming buffer terlalu lama.

Size Aplikasi ini hanya  lebih kurang 60MB sahaja. 

Pastikan internet anda adalah unlimited quota untuk mengelakkan korang kehabisan kuota.

Untuk installer KODI, boleh lihat di page official kodi sendiri Klik sini. (Download current release : kodi v16 Jarvis untuk version lebih stabil). 
Bagi pengguna android, anda boleh lah mendownload aplikasi ini secara terus di google play. 

Sekiranya anda mempunyai masalah mendownload di official kodi boleh menggunakan alternative link. Klik sini.

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan custom build (optional sahaja) – boleh teruskan dengan memasukkan addon secara manual. Hanya perlu pilih addon yang dikehendaki, ikuti langkah-langkah yang diberikan dan boleh terus menonton rancangan kegemaran.

———————————————————————————————————–
Update 25/12/16 Untuk pengguna baru, anda boleh menggunakan Mystream v1.4 build kerana ia mempunyai addon yang khusus untuk pengguna malaysia. Sila rujuk post cara menambah mystream build disini
————————————————————————————————————-

Bagaimana memasukkan Fusion Installer. 

Langkah 1: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 2: Klik pada tab “System” dan kemudian File Manager”.



Langkah 3: Tekan menu “Add source“.

Langkah 4: Masukkan path atau address anda dan namakan. digalakkan untuk meletak dot dihadapan nama source untuk menyenangkan proses mencari.


Langkah 5: Tekan “Ok” dan anda akan kembali ke menu sebelumnya. sekiranya source berjaya dimasukkan akan melihat source seperti gambar dibawah. Sekiranya salah eja ataupun source down, akan terdapat error.

Setelah selesai Fusion Installer, ikut langkah-langkah dibawah:-

Langkah 6: Kembali ke HOME.


Langkah 7: Klik pada tab SYSTEM –> Setting dan pilih Add-Ons.

Langkah 8: Pilih Install From Zip Files dan klik pada folder FUSION.


Langkah 9: Klik folder start-here dan install :-
  • plugin.program.indigo-1.x.x.zip

      Langkah 10: Kembali ke menu HOME.


      Langkah 11: Klik pada PROGRAM dan pilih Program Add ons → Indigo  

      Langkah 12: Tekan Config Wizard untuk memasukkan custom mode (addon dan tweaks)

      Langkah 13: Belum selesai lagi yer, pastikan KODI di restart (off and on balik) dulu. Dan interface KODI korang akan berubah kepada Mode Custom. Selesai sudah!


          Addon yang digunakan di dalam custom mode selalunya merupakan antara yang popular dan sering digunakan. Untuk update yang terbaru, custom mode sudah pun berubah dan tidak sama seperti diatas.


          Update 29/12/16 : Untuk menambah subtitle (Melayu / English) di Kodi, anda boleh merujuk post ini Cara Menambah Subtitle


          Recommended Box untuk Yang mahu menggunakan Kodi di TV

          Latest Comments

          1. moXsz January 31, 2017
          2. BnQ February 7, 2017
          3. Kodi IPTV Malaysia February 7, 2017
          4. BnQ February 8, 2017
          5. bukhary hamid June 3, 2017
          6. Kodi IPTV Malaysia June 3, 2017
          7. H A June 20, 2017
          8. H A June 20, 2017
          9. Aku Koyin June 23, 2017
          10. Tanpa Nama July 11, 2017

          Leave a Reply

          This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

          %d bloggers like this: