androidrepublica

Cara Memasukkan Semula Play Store ke dalam HyppTV Box EC6108v8

Bagi mereka yang menggunakan HyppTV model Huawei EC6108v8 STB (Box Putih Melati), mungkin sudah pun mengetahui bahkan ada yang sudah mengalami proses firmware update daripada pihak TM untuk membuang fungsi play store dan google service didalam box ini.

Ini menyebabkan box tersebut tidak dapat digunakan untuk memasukkan sebarang aplikasi android melainkan anda mempunyai ES Explorer atau UC Browser untuk sideload apk ke dalam box tersebut.

Kami ade berkongsikan sebelum ini,cara  untuk memasukkan apk kedalam HyppTV Box yang tidak mempunyai play store dan sebarang file manager menggunakan adb sideload. Walaubagaimanapun terdapat alternatif lain untuk memasukkan semula play store menggunakan system recovery.
Cara ini telah dikongsikan oleh Tuan Faizal Nordin di blog nya dan firmware box anda akan di revert kembali ke firmware lama dimana play store dan juga google service masih lagi boleh digunakan.
Bagaimana untuk masukkan kembali Google Play Store kedalam HyppTV Box
 
Apa yang diperlukan untuk menggunakan kaedah ini : –
 
  • HyppTV STB – Box anda yang telah pun di update ke firmware baru (tanpa play store)
  • Remote – untuk access recovery
  • Flash Drive – sekiranya update tidak berjaya (gunakan backup update dari link di bawah)
 
Langkah 1: Pastikan box anda di turn off dan segala online connection (ethernet / wireless) di tutup.
 
Langkah 2: Tekan berulang kali button ON remote control anda sambil Power ON HyppTV Box. Sekiranya anda melakukannya dengan betul, akan keluar menu recovery mode.
Langkah 3: Masukkan recovery code ⇨ 304830 dan tunggu sehingga notifikasi “Correct Password“.
Langkah 4: Pilih option (2) Update from backup dan pilih update.zip. Firmware lama yang mempunyai play store masih disimpan didalam internal sd (locked folder).
Langkah 5: Sekiranya cara diatas tidak berjaya, pilih option (3) Update from external storage dan pilih update.zip file yang didownload dari langkah diatas.
Langkah 6: Proses recovery akan bermula. Tunggu sehingga selesai dan box akan reboot.
Selesai, kini box telah di downgrade ke firmware lama. Pastikan anda remove update link (rujuk sini) dan sambungan box pada internet connection untuk configure box dan masukkan kodi serta aplikasi android pilihan anda.
Maintenance code baru ⇨ 6872
Exit mobile version