androidrepublica

Kodi IPTV Malaysia Official Build

 Official build daripada website kami khas untuk pengguna Kodi Malaysia. Build ini boleh digunakan untuk kodi version v17 Krypton dan juga v16 Jarvis. Selain itu boleh digunakan di FTMC, Cemc, Mygica dan juga SPMC. 

Kopi IPTV Malaysia Build merupakan build yang di custom mod kan khas untuk pengunjung website dan facebook kami. Boleh dikatakan hampir kesemua addon yang terbaik dari dalam Malaysia dan luar negara telah dimasukkan kedalam build ini. Anda tidak perlu pening memikirkan cara mencari addon Malaysia lagi kerana dengan custom build ini, kesemua addon akan di auto update.

Build ni merupakan version yang terbaru untuk Kodi v17  Krypton dan Kodi v16 Jarvis dengan menggunakan Skin Aeon Neox Silvo sebagai base.

Antara addon yang di auto install didalam build Kodi IPTV Malaysia Build 

Malaysia Live TV – Filem Malaya, Kodim,
Malay Movie – Malay Movie Online, Androidrepublica
Movie / TV Shows Eng – Exodus, Specto, Elysium, Wolfpack , Zen, The Pyramid
Sports – Soccer Stream,NJM Soccer, Castaway, Sportsdevil
Animasi – MyAnimasi, Phoenix,
Asian – Icdrama, Dramago, RSS Media, Einthusan, Aftershock

Walaupun penggunaan build ini amat menarik, tetapi ia memerlukan penggunaan resource RAM dan juga space yang besar. Sekiranya anda mempunyai device yang mempunyai spec yang agak rendah, kemungkinan boleh menyebabkan device atau Kodi kurang responsive.

Bagaimana memasukkan Kodi IPTV Malaysia Build

Anda boleh mendapatkan addon ini dengan menambah source androidrepublica dengan menggunakan link ini ⇨ http://androidrepublica.website (rujuk sini cara untuk menambah source). Ataupun mendownload plugin androidrepublica wizard dibawah secara terus

Langkah 1: Download androidrepublica wizard  diatas. 
Langkah 2: Buka aplikasi Kodi dan pergi ke menu Add-Ons.
 
Langkah 3: Tekan icon Add-ons Browser.
Langkah 4: Pilih Install from zip file dan pergi ke lokasi dimana file di Download. 

Langkah 5: Klik dan install plugin.program.androidrepublicawizard-2.0.0.zip

Langkah 6: Tunggu sehingga notifikasi Add-ons Updated dan pergi ke Program add-ons. 

Langkah 7: Cari dan klik pada Kodi IPTV Malaysia Wizard. Selepas itu akan keluar notifikasi menu. 
Langkah 8: Selepas itu pilih setting auto maintenance seperti dibawah (Optional – boleh unclick jika tidak mahu)
 
Langkah 9: Kemudian pergi ke Build Menu untuk memilih build yang akan di install.
Langkah 10: Pastikan anda memilih build berdasarkan Kodi version yang digunakan. Buat masa ini hanya ada fungsi untuk Kodi Krypton sahaja.
Langkah 11: Untuk memastikan kelancaran build, digalakkan untuk Fresh Install (setting dan addon lama anda akan di remove). Sekiranya anda ingin mengekalkan addon yang lama hanya tekan Standard Install.
Langkah 12: Selepas itu akan keluar notifikasi dan tekan Continue untuk meneruskan wizard
 
Langkah 13: Androidrepublica Wizard akan menginstall dan update system anda. Proses mungkin memakan sedikit masa bergantung pada spesifikasi system anda.
 
Langkah 14: Selesai. Hanya perlu Force Close dan masuk semula ke Kodi untuk menggunakan Kodi IPTV MAlaysia Build.
Antara menu-menu yang terdapat didalam build ini adalah seperti berikut :
Malay Movie Section

New – Ultra HD Movie Section

Kidzania, Live TV, Asian Show, Sport Mania Section
Music Box, My Add-ons, My Movie Section
 
Update 20 Dec 2017 : Kodi IPTV Build Malaysia sudah tidak lagi di update dan tidak lagi akan dikemas kini. Sila lihat Kodi IPTV Malaysia | Premium Build untuk update terbaru build dari team androidrepublica.
Exit mobile version