Kodi Build – Mystream V1.4 (Malaysia Build)

Kodi ni memang menarik. Tak jemu-jemu menggunakannya, Ade je benda baru yang nak di explore setiap hari. Ok, sebelum ni ade share mengenai cara-cara menukar skin dan juga background. Haa. Kali ni kita cuba pula custom build. Konsep dia sama je macam kita menukar skin, tapi dengan build ni, Kodi anda di custom mod kan dengan skin + background + addon tambahan. Sangat menarik sekiranya anda berminat untuk menukar dan bermain dengan customization Kodi.

Mystream v1.4 merupakan build yang di custom mod kan untuk pengguna kodi Malaysia. Boleh dikatakan hampir kesemua addon buatan malaysia telah dimasukkan kedalam build ini. Anda tidak perlu pening memikirkan cara mencari addon Malaysia lagi kerana dengan custom build ini, kesemua addon akan di auto update.

Mystream v1.4 ni merupakan version yang terakhir untuk Kodi v16 a.k.a Jarvis kerana developer addon ini sedang menumpukan perhatian kepada custom mode di Kodi v17 @Krypton.

  • Kodi Version : Kodi 16.1 Jarvis
  • Size: 126 MB
  • Recommended Device : Windows , Mac OS, Android Device (ram>2GB). Tidak digalakkan untuk pengguna Hypp TV Box Putih (Boleh cuba lite version).
  • Gunakan Lite version untuk device yang mempunyai RAM < 1Gb….

Antara addon yang di auto install didalam build Mystream v1.4

Malaysia Live TV – Super Adrian, Kodim
Malay Movie – Malay Movie Online, CiterKiter
Movie / TV Shows Eng – Exodus, Specto, Phoenix
Kuliah – Zon Kuliah Agama
Sports – Super Adrian, Phoenix
Animasi – MyAnimasi,Phoenix
Skin – Aeon Neox Silvo.


walaupun penggunaan build ini amat menarik, tetapi ia memerlukan penggunaan resource RAM dan juga space yang besar. sekiranya anda mempunyai device yang mempunyai spec yang agak rendah, kemungkinan boleh menyebabkan device atau Kodi kurang responsive.
———————————————————————————————————
Bagaimana memasukkan Mystream v1.4 Build

Sekiranya system Kodi anda sudah dimasukkan ares project repo;

Buka menu Program dan pilih Ares Wizard. Di bahagian browse builds, pilih all builds dan scroll kebawah sehingga anda jumpa Mystream Build (90/271)



Sekiranya tidak memiliki repo Ares Project ataupun ingin menggunakan Mystream Build Lite version ikuti langkah dibawah;

Download Mystream v1.4 Build : Link 1  Link 2

Langkah 1: Download Mystream Build diatas
Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“. Pergi “System” >> “Setting” >> “Add-ons”

Langkah 3: Pilih “Install From Zip Files” dan pergi ke lokasi dimana file di download.

Langkah 4: Klik dan install “plugin.program.mystreambuildwizard.zip“.


Langkah 5: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi. Kemudian pergi ke Program


Langkah 6: Cari dan klik pada Mystream Build wizard untuk mula mendownload dan extracting


Langkah 7: Selepas selesai proses diatas, pop up complete akan muncul. tekan OK

Langkah 8: Kodi akan reboot / force close. Masuk semula dan Mystream v1.4 sudah diinstall.
 Malaysia TV Section – Movie

Sport Section

Zon Kuliah Section
Live TV Section 
Ada lebih kurang 5 channel astro di dalam section live TV 
Enjoy!
Update 26/12/16 : Untuk sesiapa yang ingin kembali kepada skin asal, sila pergi ke “Setting” dan klik pada menu “Appearance“, pilih “Skin” dan klik pada “Confluence“.
selepas itu, akan keluar pop up dan tekan “Yes” untuk menukar ke pada skin default.
Enjoy! Jangan Lupa Like FB Page kami untuk update terkini  Kodi IPTV Malaysia



Latest Comments

  1. Mr Fadz February 4, 2017
  2. Kodi IPTV Malaysia February 4, 2017
  3. ModernCaliph February 7, 2017
  4. Kodi IPTV Malaysia February 7, 2017
  5. Unknown February 23, 2017
  6. Kodi IPTV Malaysia February 23, 2017
  7. asraff jamaludin February 26, 2017
  8. Kodi IPTV Malaysia February 26, 2017
  9. asraff jamaludin February 26, 2017
  10. Tanpa Nama March 12, 2017
  11. pkg tambunan March 22, 2017
  12. Unknown March 23, 2017
  13. Printing Decor April 24, 2017
  14. Sara Atira April 25, 2017
  15. Tanpa Nama May 31, 2017
  16. Alip Abdullah June 11, 2017
  17. Alip Abdullah June 11, 2017
  18. Tanpa Nama November 4, 2017

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Promosi pembelian IPTV sahaja, sila masukkan code : | kodimalaysia | untuk menikmati diskaun pada masa terhad Dismiss

%d bloggers like this: