androidrepublica

Einthusan – Kodi Addon

Einthusan addon merupakan addon yang dihasilkan oleh humla. Addon ini membolehkan anda untuk melihat siaran movie daripada bollywood dengan kualiti memuaskan dan mempunyai hardsub english.

Einthusan mempunyai movie daripada bahasa-bahasa utama yang terdapat di India seperti Hindi, Tamil, Telegu, Malayalam, Kannada, Bengali, Marathi dan juga Punjabi. 


Interface yang digunakan didalam addon ini amat ringkas untuk digunakan dan proses untuk mencari dan memilih movie juga sangat mudah. Anda boleh mencari berdasarkan nama, recent movie, tahun, serta fungsi carian nama.

Addon ini menggunakan source daripada website Einthusan dimana selain daripada siaran dengan resolusi 1080p, terdapat juga pilihan Ultra HD iaitu movie dengan kapasiti 4K. Addon ini memerlukan anda menggunakan Kodi 17 ataupun FTMC, CEMC serta Mygica. Sekiranya anda menggunakan Kodi 16 akan terdapat error disebabkan oleh source website yang menggunakan sslv2 yang tidak terdapat di dalam Kodi 16.

Setiap movie yang terdapat didalam addon ini sudah pun di hardcode dengan english subtitle dan mempunyai kualiti yang agak baik. Merupakan alternatif terbaik untuk peminat filem bollywood selain daripada addon Aftershock.

Bagaimana cara untuk mendapatkan addon Einthusan

Anda perlu  mendownload repository humla secara terus dibawah, disebabkan source url TVaddons sudah lagi tidak boleh diguna pakai.


Langkah 1: Download Repository Humla diatas (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).
Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.
Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.


Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.


Langkah 5: Pilih “Install From Zip” dan pergi ke lokasi dimana file di Download / Source.


Langkah 6: Klik dan install repository.humla-1.0.5.zip”.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi ke “Humla Repository“.


Langkah 9: Klik “Video add-ons” dan install “Einthusan”.

Langkah 10: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi dan boleh ke section “Video Add-ons” untuk menonton.

Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini.

Klik disini untuk join RobotCash untuk info-info terbaik ⇨ Telegram

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Exit mobile version