androidrepublica

Re:birth | Kodi Addon

 Re:birth addon merupakan addon yang dihasilkan oleh Cypher dan boleh didapati didalam Cypher Repo. Addon ini merupakan fork daripada original addon Exodus.

Re:birth mempunyai fungsi dan menu yang hampir sama dengan Exodus tetapi dengan sedikit pengubahsuaian thumbnail, icon dan juga beberapa penambahbaikan code. 

Interface yang digunakan didalam addon ini amat mudah untuk digunakan dan proses untuk mencari dan memilih movie atau tv series. Addon ini juga telah di coding dengan penambahan trakt integration. Dengan menggunakan Trakt anda boleh untuk mengetahui rancangan tv yang sudah ditonton ataupun mengetahui tentang movie / episode baru yang keudara untuk rancangan pilihan anda.

Proses pencarian Movie dan TV Show juga adalah lebih lancar berbanding penggunaan Exodus. Boleh dikatakan banyak penambahbaikan telah dilakukan untuk mengatasi beberapa bug di dalam exodus terutamanya trakt integration. Penambahan Alluc api boleh dilakukan di Settings – Providers – dan klik pada Nan Scraper Settings dimana anda boleh menambah Alluc account sementara Real-Debrid boleh dimasukkan melalui settings – Account – Debrid settings – UrlResolver Settings!

Movie link yang di scrap juga jauh lebih banyak berbanding menggunakan addon Exodus dan proses pencarian adalah lebih cepat dan pantas.

Boleh dikatakan amat sesuai untuk digunakan sekiranya anda meminati Movie dan TV Show. Sekiranya anda menggunakan Exodus, boleh menggantikan addon tersebut dengan Re:birth yang telah diberi nafas baru dan dikemaskini berbanding Exodus.

  

Bagaimana cara untuk mendapatkan addon Re:birth

Anda boleh mendapatkan addon ini dengan menambah source dengan menggunakan link ini ⇨ http://cypher-media.com/repo/. Selain daripada itu anda juga boleh menggunakan ares wizard untuk menambah addon ini ataupun mendownload repository cypher dibawah secara terus

 

Langkah 1: Download Repository Cypher diatas.

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.

Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.
Langkah 5: Pilih “Install From Zip” dan pergi ke lokasi dimana file di Download / Source.

Langkah 6: Klik dan install repository.Cypherslocker-1.0.2.zip”. 

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi ke “Cypher Repo”.

Langkah 9: Klik “Video add-ons” dan install “Rebirth”.

Langkah 10: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi dan boleh ke section “Video Add-ons“.

Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini. 

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Exit mobile version