Di kalangan peminat media streamer, Kodi merupakan antara applikasi paling popular dan ramai user based. Ia adalah pemain media sumber terbuka dan percuma, terkenal dengan kemampuannya untuk menyokong pelbagai format dan sumber media, disertai dengan antara muka yang mesra pengguna dan pelbagai pilihan penyesuaian.
Update terkini, Kodi 20.3 “Nexus,” yang dibangunkan oleh Kodi Foundation, menambah baik beberapa aspek penyelesaian untuk mengatur dan mengakses koleksi media mereka dari pelbagai peranti.
Kemaskini Menarik dalam Kodi 20.3 “Nexus”
Versi terbaru, Kodi 20.3 “Nexus,” mungkin tidak memperkenalkan function baru tetapi secara signifikan meningkatkan pengalaman pengguna dengan beberapa penyelesaian dan penyempurnaan.
Penambahbaikkan untuk versi terbaru ini lebih memberi tumpuan kepada menumpaskan bug dan menstabilkan platform, memastikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan lebih boleh dipercayai.
Berikut adalah beberapa update utama dari untuk Kodi 20.3 :
- Estuary Enhancements: Skin asal, Estuary, telah mengalami pelbagai penyelesaian, termasuk peningkatan dalam kedudukan fokus kategori utama dan penyelarasan label pengiraan.
- Game/Retroplayer Fixes: Isu pengontrol yang tidak ditugaskan dengan betul kepada port permainan telah diselesaikan untuk pengguna Android. Pengguna Windows dengan paparan 10-bit tidak akan lagi menghadapi warna yang pudar biru/merah jambu.
- General Improvements: Kodi 20.3 “Nexus” menyelesaikan beberapa isu yang diketahui, termasuk penyelesaian pemutaran DVD untuk pemacu yang tidak dipasang, penyelesaian untuk lingkaran tak terhingga dalam CPluginFile, dan memperbetulkan kebocoran memori dalam menu konteks.
- Music Library: Pustaka muzik kini boleh pulih secara automatik dari proses pembersihan yang terganggu.
- Platform-Specific Fixes: Setiap platform, dari Android hingga Windows, telah menerima perhatian khusus dengan menangani isu-isu seperti penyelarasan audio, kegagalan pemutaran, dan kejatuhan sistem.
Kemas kini ini boleh dipasang dengan lancar di atas mana-mana aplikasi Kodi 20.x yang sedia ada. Walau bagaimanapun, disarankan untuk membuat backup data pengguna sedia ada sebagai langkah berjaga-jaga, terutama apabila mengemaskini dari versi yang jauh lebih lama.
Untuk mendapatkan informasi yang lebih detail dan lengkap boleh lawati sendiri laman web kodi.tv
Update terbaru boleh didapati secara terus di google playstore, window store, apple store atau terus download di official website kodi.