KII PRO Amlogic S905 Quad-core with Digital Satellite Receiver
Kodi IPTV Malaysia
Ini merupakan antara gadget ketiga untuk admin. Memang best box KII Pro ni. Antara kelebihan box KII Pro ini berbanding android box yang lain adalah ia mempunyai fungsi DVB – hybrid receiver DVB-S2 dan DVS-T2 (support cccam, newcam dan bisskey). Haa, ape benda tu? Fungsi ni membolehkan anda untuk menerima siaran tempatan dan TV satellite. Sesuai untuk digunakan di Malaysia kerana pendigitalan siaran TV yang sedang dilakukan oleh Mytvbroadcasting.
Spesifikasi KII PRO Amlogic
Chipset
Amlogic S905 Quad core 64-bit Cortex A53 Up to 2.0GHz
4 * USB HOST 4 High speed USB 2.0,support U DISK and USB HDD
1 * TF CARD Support 1~32GB
1 * AV output port (CAVS)
1 * SPDIF Audio output
1 * RJ45 10/100 BaseT, 1000M( Optional)
Packing Includes
DC Power Adapter
IR remote control
HDMI 2.0 Cable
User Manual
KII Pro datang dengan pre-root software dan anda perlu untuk membeli atau menggunakan antenna sendiri kerana ia tidak termasuk di dalam pakej.
Android box ini membolehkan anda untuk menggunakan Kodi dengan sangat lancar disebabkan oleh chipset Amlogic S905 yang membolehkan decoding video dilakukan dengan sangat efisien. Selain daripada itu, KII pro ini juga mampu untuk menerima siaran tv tempatan dan juga 4K UHD Sat.
Sekiranya anda mahu menggunakan cccam, masukkan kod 111111 ke dalam DVB-S2 dan enable cline, restart dan boleh digunakan. Untuk menggunakan fungsi TV digital anda hanya perlu pergi ke menu dan membuka aplikasi DTV.
Sebaik sahaja anda membuka menu tersebut akan terdapat dua pilihan untuk tuner : DVB-S2 ataupun DVB-T2. Sekiranya anda telah memilih salah satu dari tuner dan ingin menukar ke tuner yang lain, perlu exit semula dan masuk ke menu DTV kembali.
Sekiranya ini kali pertama anda mengakses menu DTV, akan ada option untuk software melakukan full scanning untuk mencari channel. Pastikan anda memasang antenna di box anda. Proses untuk pengesanan hanya mengambil masa beberapa minit bergantung kepada kekuatan signal (pastikan anda meng halakan antenna ke arah pemancar)
Selesai sahaja proses pengesanan anda akan dapat kesemua channel tempatan. Sekiranya anda merasakan ada channel yang tidak dikesan, boleh pergi ke DTV preference dan klik kepada General setting dan Area Setting. Default area setting adalah europe, scroll kebawah dan cari Malaysia
Untuk menggunakan TV satellite pula anda perlu menukar tuner kepada DVB-S2. Ia mempunyai menu yang hampir sama. anda hanya perlu memilih satellite list
Selepas itu akan terdapat beberapa list sattelite yang boleh digunakan, sekiranya anda menggunakan piring yang mempunyai motor, boleh menggunakan multi list satellite. Anda juga boleh mencari di internet mengenai kedudukan satellite yang boleh digunakan di forum mysat.
Sebagai contoh sekiranya anda memilih Thaicom 2 anda memperoleh siaran daripada negara thai, bagaimanapun tiada subtitle dan alih bahasa yang disediakan. Selain daripada thai, anda juga boleh mencuba satellite Tv dari Indonesia dan juga Singapore yang mempunyai content yang lebih mudah difahami.
Okeh. kesimpulannya.KII Pro ni merupakan kombinasi box yang sesuai untuk menggunakan Kodi dan juga siaran TV. Ini kerana amat sukar untuk mencari addon live TV di Kodi yang stabil dan penggunaan Satellite TV percuma memang amat memuaskan.
Sekiranya anda ingin membeli di lazada boleh menggunakan link dibawah. hubungi admin untuk mendapat code voucher diskaun (terhad)