Pemilihan Android Box untuk User Baru

icon

Antara topik paling hangat diperkatakan di dalam forum-forum kodi adalah, android box mana yang sesuai untuk digunakan. Untuk info kali ini, kami akan cuba untuk memberi sedikit pencerahan kepada yang masih belum membuat pilihan atau pun ingin membeli android box yang baru.

Dengan menggunakan android box anda boleh menukar TV biasa anda kepada smart TV. Menarik bukan? Haa. menggunakan android box adalah lebih murah berbanding membeli smart TV.


Selain daripada Kodi, terdapat beberapa streaming apps seperti Netflix dan juga Amazon. Sekiranya anda hanya mahu menggunakan kodi sahaja, pemilihan box adalah senang kerana, hampir kesemua android box boleh digunakan, sebaliknya sekiranya anda ingin juga menggunakan netflix atau amazon anda perlu mendapatkan box yang certified. Ini kerana netflix dan amazon mempunyai DRM (Digital Rights Management) yang hanya membenarkan box tertentu sahaja untuk digunakan seperti Apple TV, Google Chromecast, Roku dan beberapa lagi brand.

Pemilihan android box boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. walaubagaimanapun kesemua ini bergantung kepada berapa banyak budget yang anda hendak gunakan. Selain daripada kelajuan internet yang tinggi, spesifikasi android box juga memainkan peranan penting dalam menentukan kelancaran streaming. Terdapat banyak android box diluar sana yang murah dengan spesifikasi yang ok. Anda hanya perlu bijak memilih.

Spesifikasi yang sesuai untuk digunakan

Sekiranya anda hanya ingin menggunakan untuk melihat movie, tv series dan juga live streaming, Quad-Core (Octa-Core digalakkan) dengan 2GB RAM serta memory sekitar 8GB-16GB NAND/EMMC sudah memadai. Selain itu, fungsi asas seperti USB port (penting untuk menggunakan external remote / keypad), LAN Port, dan juga SD card slot (anda boleh memindahkan data kodi ke external) juga perlu dipertimbangkan.

Elakkan membeli android box yang menggunakan chipset seperti Allwinner dan juga Rockchip kerana terdapat beberapa masalah. Allwinner telah disahkan meniru development code daripada developer lain dan mungkin akan mendatangkan masalah kepada box user, dan Rockchip tidak menggunakan Standard Android API (Application Programming Interface) dan mempunyai beberapa masalah dengan system kodi seperti audio-pass through.

Brand apa yang sesuai dibeli

Pemilihan brand juga amat penting sekiranya anda ingin membeli android box. Boleh rujuk di page ini mengenai brand yang menyokong penuh dalam kodi development (diamond sponsor). Elakkan membeli generic android box terutamanya daripada china kerana ia amat mudah rosak. Selain itu, brand-brand besar seperti Nvidia Shield, WeTek dan Minix contohnya, mempunyai forum dan support system serta customer service rep. Ini memudahkan proses untuk merujuk atau troubleshooting sekiranya mempunyai masalah. After sales service merupakan sesuatu yang anda perlu fikirkan kerana sekiranya anda membeli generic box, sukar untuk mencari pertolongan untuk membantu anda.

Selain daripada itu, OTA (Over The Air) Firmware update juga merupakan faktor yang penting. Sekiranya anda tidak mempunyai kebolehan teknikal dalam penggunaan burning tool untuk memasukkan firmware, ini merupakan masalah besar. Pastikan brand yang dibeli menyediakan OTA untuk firmware di update secara automatik tanpa perlu untuk dilakukan secara manual.

Android Version

Pastikan box yang dibeli mempunyai android 5.0 ataupun 6.0, kerana Kodi version terbaru, Krypton hanya boleh di install untuk android 5.0 dan keatas sahaja.

Dimana untuk mendapatkan android box

Paling mudah adalah dengan pergi ke kedai yang menjual barangan elektronik (seperti lowyat). Walaubagaimanapun harga yang ditawarkan selalu nya agak mahal. Selalunya di group-group FB ada independent seller yang menawarkan harga yang murah, pastikan seller yang dipilih adalah trusted ataupun hanya lakukan COD sahaja.

Alternatif yang lain dan boleh dikatakan terbaik adalah membeli secara online di lazada, lelong ataupun ebay. Selain harga yang lebih murah, hak anda sebagai pengguna adalah lebih terjamin. Sekiranya berlaku penipuan, wang anda akan dikembalikan dengan polisi online shop ini. Malahan terdapat juga diskaun2 menggunakan card dan juga voucher code.

Elakkan membeli box yang diiklankan dengan kodi fully loaded ataupun free astro, kerana harga selalunya akan lebih mahal dan tidak berkualiti. Cara-cara untuk setup kodi adalah amat mudah dan anda boleh melakukannya sendiri dengan merujuk website ataupun youtube.

Fungsi Tambahan

Penggunaan external wifi receiver tidak penting sekiranya anda ingin menggunakan LAN Cable. Bagaimanapun sekiranya anda mahu menggunakan wifi untuk sambungan internet, ini merupakan antara faktor yang perlu dititik beratkan. Dengan penggunaan external antenna sambungan wifi adalah lebih kuat, stabil dan laju. Sekiranya box anda mempunyai kualiti penerimaan wifi yang lemah, ia boleh mengurangkan kelajuan internet di box anda.

Selain daripada itu, penggunaan hybrid box yang mempunyai DVB dan DVS seperti KII Pro misalnya membolehkan anda untuk menggunakan kodi dan juga terrestrial channel (siaran tv tempatan – mytv) serta FTA (siaran dari negara luar). Siaran Live TV di kodi adalah tidak stabil dan siaran selalunya tidak berpanjangan.
—————————————————————————————————————
Sekiranya anda mempunyai modal yang besar serta TV canggih dengan system Home Theatre, anda boleh mempertimbangkan spesifikasi dibawah.

5.1 Audio Passthrough

Membolehkan kualiti audio yang dihantar kepada audio system tidak terjejas. Banyak sumber video dari Kodi yang menawarkan DTS, Dolby Digital ataupun 5.1 surround system.

5.1 channel

H.265 Hardware Decoding

HEVC ataupun High-Efficiency Video Encoding adalah video compression standard yang membolehkan decoding video kualiti sehingga 8192×4320, termasuk 8K UHD. Boleh dikatakan hampir kesemua box yang menggunakan kodi mempunyai software HEVC H.265 decode.

coding

Bagaimanapun penggunaan hardware HEVC H.265 decoder adalah lebih sesuai kerana dengan penggunaan program yang banyak di android box, menyebabkan penggunaan CPU yang tinggi dan sekaligus akan mengurangkan efficiency software decode.

HDMI 2.0

Untuk pengguna yang ingin menonton siaran 4K dengan lebih lancar, pastikan box anda mempunyai kapasiti HDMI 2.0 dan bukannya HDMI 1.4. Streaming menggunakan resolusi 4K dengan 60 frame per second memerlukan bandwidth yang tinggi dan mungkin tidak mencukupi dengan hanya menggunakan HDMI 1.4 sahaja.

USB 3.0

Seperti juga laptop dan pc, android box juga mempunyai USB 3.0. Sekiranya anda ingin menggunakan external hard disk untuk melihat movie, fungsi ini amat penting untuk memastikan sambungan yang laju dan stabil.

Dual Band Wifi / Gigabit Ethernet

Sekiranya router anda mempunyai dual-band wifi amat digalakkan untuk menggunakan box yang mampu menerima dual-band : 2.4GHZ dan 5GHz. Penggunaan 5GHz membolehkan signal dihantar lebih pantas, walaubagaimanapun ia tidak mampu untuk menembusi solid object (seperti dinding) sebaik 2.4GHz.

Salah satu sebab penggunaan dual-band router dan network adapter adalah untuk mengatasi masalah penghantaran signal yang lemah dan frekuensi gangguan dari sumber luar. Selain daripada itu, Penggunaan Gigabit Ethernet juga membolehkan anda menerima sambungan yang stabil tanpa sebarang gangguan atau pun penurunan signal.

Pastikan box anda mempunyai kapasiti penerimaan kelajuan yang bagus kerana sekiranya anda mempunyai kelajuan internet yang tinggi sekali pun, tahap kelajuan internet adalah bergantung kepada had penerimaan ataupun spesifikasi box yang digunakan. Ia merupakan limiting factor yang amat penting.

7 Replies to “Pemilihan Android Box untuk User Baru”

  1. Kalau saya beli box di shopee or lazada, mcmane saya nak dapatkan langganan siaran? Saya masih tak faham bab ni..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.