Okeh, ramai yang bertanya kan kepada kami, yang pengguna android box tidak dapat menggunakan astro on the go kerana ia memerlukan update dan versi baru aotg didalam play store tidak compatible dengan android box.
Dengan menggunakan aotg anda boleh menonton siaran astro secara percuma (register dan create id astro). Ia adalah astro versi online. Sesuai untuk menjimatkan kos dengan berkongsi harga bayaran dan menggunakan channel yang sama. Limit untuk setiap id astro adalah untuk 2 device sahaja. Latest version untuk aotg yang terbaru adalah 8.2.6
Walaubagaimanapun cara ini hanya boleh digunakan sekiranya anda mempunyai es explorer atau file manager didalam system anda. Sekiranya hypptv box anda telah diupdate dan tidak mempunyai play store / es explorer, sila rujuk post ini : Cara install aplikasi di hypptv box.
Sekiranya anda melanggan NJOI, boleh juga menghubungkan akses akaun atau smart card NJOI ke AOTG ini dan menikmati 11 siaran percuma seperti gambar diatas.
Bagaimana untuk mendapatkan Astro GO v2.201
Langkah 1 : Download Aplikasi AOTG diatas.
Langkah 2 : Buka ES Explorer ⇨ dan cari apk yang telah di download dan Install.
Langkah 3 : Buka aplikasi dan register menggunakan id astro anda (ataupun boleh pinjam kawan punya). Kemudian anda boleh menonton Astro on the go di android box anda. AOTG akan follow channel astro mengikut id yang anda masukkan.
Sekiranya masih tidak dapat melihat menggunakan aplikasi diatas hanya install SuperSU dan memilih pilihan fully unroot dan channel akan boleh dilihat semula dan lebih lancar.
Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna!