Njoi Now

 

Sebelum ini kami ada berkongsikan mengenai astro on the go. Kali ini, satu lagi produk baru yang dibuat oleh pihak astro untuk memancing user-user baru untuk subscribe package langganan astro dengan mudah dan dalam masa yang singkat tanpa sebarang contract

Njoi Now memberi akses percuma kepada kandungan hiburan on demand termasuk box set, siaran langsung program sukan, dan berita terkini buat seluruh rakyat Malaysia.  Aplikasi mudah alih ini menawarkan kandungan on demand, box set, program-program utama daripada saluran Astro Prima, Astro Maya HD, Astro Oasis, Astro AEC, Astro Vaanavil, program siaran langsung sukan terhebat di Astro Arena, berita terkini di Astro Awani dan juga program pendidikan di Astro Tutor TV secara percuma.


Selain daripada itu, akses kepada lebih 2,200 kandungan, termasuklah box set filem dan drama, program pendidikan yang boleh dimuat turun dan disimpan untuk tontonan pada bila-bila masa, siaran langsung program sukan dan berita, e-dagang menerusi Go Shop dan juga saluran-saluran kegemaran penonton. Ini membolehkan anda untuk menggunakan aplikasi ini tanpa menggunakan internet dan hanya perlu mendownload terlebih dahulu

Buat masa ini, NJOI Now menawarkan tontonan siaran langsung bagi program-program sukan di Astro Arena termasuklah Sukan SEA 2017, akses percuma kepada liga bola sepak di Astro Supersport 1 bermula 11 hingga 31 Mei, berita terkini di Astro AWANI, kandungan pendidikan berkualiti tinggi di Astro Tutor TV, program Islamik yang progresif di Astro Oasis, rancangan variasi popular, drama televisyen dan program-program utama di Astro Prima, Astro Maya, Astro AEC dan Astro Vaanavil.

Selain daripada itu, terdapat juga kandungan premium secara ala carte, yang menawarkan pilihan prabayar untuk akses segera ke saluran dan kandungan tambahan, termasuklah Astro WARNA, Astro RIA, Astro Wah Lai Toi, Hua Hee Dai, filem terkini di Astro First dan Astro Best, dan pelbagai lagi daripada bahagian on demand.

Untuk info lanjut boleh layari laman web ini : https://njoinow.astro.com.my/help-faq
———————————————————————————————————

Bagaimana cara untuk mendapatkan addon Njoi Now
Anda boleh mendapatkan aplikasi ini secara terus menggunakan play store google anda. Walaubagaimanapun sekiranya versi play store tidak compatible, boleh download secara terus menggunakan link dibawah

button

Langkah 1: Download aplikasi Njoi Now diatas (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).
Langkah 2: Klik dan install aplikasi “Njoi Now“.
Langkah 3: Untuk pendaftaran boleh mengunakan Akaun FB anda atau skip sekiranya tidak mahu mendaftar.
Langkah 4: Boleh layari aplikasi untuk menikmati kandungan Njoi secara percuma
**Aplikasi  ini hanya boleh digunakan di dalam Malaysia sahaja

=========================================================

Sekiranya anda menggunakan box rooted, boleh install aplikasi njoi now for rooted device dibawah

Terima Kasih kepada abam dozo kerana memberi meng mod aplikasi ini untuk dipakai di root device.

=========================================================

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Latest Comments

  1. Unknown May 14, 2017
  2. Guest May 14, 2017
  3. shamsul ahmad May 15, 2017
  4. tek_kee May 20, 2017
  5. admin May 22, 2017
  6. batman May 24, 2017
  7. sufi azie May 24, 2017
  8. Tanpa Nama May 24, 2017
  9. Kodi IPTV Malaysia June 3, 2017
  10. Kodi IPTV Malaysia June 3, 2017
  11. Junid June 6, 2017
  12. Azizul Mohamad June 12, 2017
  13. Alwin Liew yeen fu June 25, 2017
  14. Abdul Hadie Bin Zakaria June 30, 2017
  15. Tanpa Nama August 19, 2017
  16. faizal September 5, 2017
  17. farris alish September 6, 2017
  18. farris alish September 6, 2017
  19. abusuffian September 14, 2017
  20. Meor Syaedi October 19, 2017
  21. ali October 30, 2017
  22. Tanpa Nama October 30, 2017
  23. KH October 30, 2017
  24. Fifa 19 wishlist November 10, 2017
  25. Jarvis January 26, 2018
  26. Faiz February 17, 2018
  27. Anjang June 26, 2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: