KCleaner addon merupakan addon yang dihasilkan oleh DLanik dan boleh didapati didalam Lanik repo . Addon ini merupakan program addon yang membolehkan anda untuk melakukan maintenance ke atas system kodi anda.
KCleaner mempunyai fungsi yang hampir sama dengan beberapa lagi program maintenance lain tetapi dengan sedikit penambahan fungsi yang sangat berguna.
Fungsi-fungsi yang terdapat didalam addon ini adalah seperti Clean (normal cleaning seperti thumbnail, packages dan lain2), Database, Clean All + Compact database, Checks dan juga Compact Setting
Proses cleaning basic seperti cache, packages, thumbnails, dan juga unused add on boleh dilakukan dengan mudah. Hanya perlu klik Clean All untuk menghilangkan kesemua ini.
Antara fungsi yang menarik mengenai addon ini adalah Checks, dimana anda boleh untuk memeriksa repository yang tidak lagi aktif dan berfungsi. Fungsi Check for add on without repo juga amat menarik, kerana tanpa sebarang repo, addon tidak akan boleh untuk auto update.
Review : Boleh dikatakan addon yang wajib di install didalam system Kodi anda untuk memastikan kelancaran Kodi. Setkan kepada auto maintenance sekurang kurangnya seminggu sekali.
Bagaimana cara untuk mendapatkan addon KCleaner
Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini.