KCleaner | Kodi Addon

KCleaner addon merupakan addon yang dihasilkan oleh DLanik dan boleh didapati didalam Lanik repo . Addon ini merupakan program addon yang membolehkan anda untuk melakukan maintenance ke atas system kodi anda.

KCleaner mempunyai fungsi yang hampir sama dengan beberapa lagi program maintenance lain tetapi dengan sedikit penambahan fungsi yang sangat berguna.


Fungsi-fungsi yang terdapat didalam addon ini adalah seperti Clean (normal cleaning seperti thumbnail, packages dan lain2), Database, Clean All + Compact database, Checks dan juga Compact Setting

Proses cleaning basic seperti cache, packages, thumbnails, dan juga unused add on boleh dilakukan dengan mudah. Hanya perlu klik Clean All untuk menghilangkan kesemua ini.

Antara fungsi yang menarik mengenai addon ini adalah Checks, dimana anda boleh untuk memeriksa repository yang tidak lagi aktif dan berfungsi. Fungsi Check for add on without repo juga amat menarik, kerana tanpa sebarang repo, addon tidak akan boleh untuk auto update.

Fungsi yang terbaik sekali di dalam addon ini adalah anda boleh setkan kepada auto-clean. Segala maintenance seperti, cache, packages, thumbnails, addon, database, structure DB dan unused data folder boleh di remove secara automatik bergantung kepada kekerapan yang diset.

Review : Boleh dikatakan addon yang wajib di install didalam system Kodi anda untuk memastikan kelancaran Kodi. Setkan kepada auto maintenance sekurang kurangnya seminggu sekali.

Bagaimana cara untuk mendapatkan addon KCleaner

Anda boleh mendapatkan addon ini dengan mendownload repository lanik dibawah secara terus

button

Langkah 1: Download Repository Lanik diatas (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.


Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.


Langkah 5: Pilih “Install From Zip” dan pergi ke lokasi dimana file di Download / Source.


Langkah 6: Klik dan install lanik.repo-1.0.2.zip”.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi ke “lanik repo“.


Langkah 9: Klik “Program add-ons” dan install “KCleaner”.

Langkah 10: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi dan boleh ke section “Program Add-ons“.

Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.