androidrepublica

Androidrepublica Media Center (ARMC)

Fork Kodi terbaru daripada team androidrepublica, ARMC membolehkan anda untuk menggunakan lebih dari dua kodi version di device anda. ARMC ini mengandungi premium build untuk memudahkan user yang mempunyai masalah untuk memasukkan kodi build ke dalam sistem android box.

 

Premium build daripada website kami khas untuk pembeli android box dan juga donator yang memberi sumbangan untuk maintenance addon serta page Kodi Malaysia. Terdapat dua variasi iaitu ARMC 19 untuk pengguna android 5+ dan juga ARMC 18 untuk yang masih menggunakan android 4.4.

ARMC mengandungi build terbaru yang akan sentiasa diupdate dan dikemaskini untuk membolehkan anda menggunakan Kodi dengan lebih mudah.

Terdapat 5 variasi build boleh didapati didalam wizard ini yang menggunakan skin based daripada aeon nox, titan,

estuary mod dan juga confluence (default kodi 16 skin). Anda boleh memilih mana2 skin kegemaran anda dengan

hanya menggunakan wizard yang sama. Kesemua build telah dimasukkan dengan addon dan script support yang

up-to-date dan membolehkan addon dan movie di play secara lancar. Selain daripada itu kami telah juga memasukkan

api alluc dan api youtube untuk mengelakkan masalah youtube limit daily exceed. Antara kelebihan penggunaan build ini adalah anda akan dapat mengakses kesemua menu utama didalam addon androidrepublica seperti movie indonesia, thailand, video on demand dan juga international tv yang mempunyai siaran dari singapore, indonesia dan thailand.

dan yang paling unik sekali dan tidak ada dimana-mana build diluar sana, adalah koleksi2 komik hong kong seperti juara wira, juara jalanan, wira tunggal dan bermacam-macam lagi koleksi man hua yang boleh dibaca secara online.

Walaupun penggunaan build ini amat menarik, tetapi ia memerlukan penggunaan resource RAM dan juga space yang besar. Sekiranya anda mempunyai device yang mempunyai spec yang agak rendah, kemungkinan boleh menyebabkan device atau Kodi kurang responsive. 

Sila gunakan estuary (ARMC 16) sekiranya anda mempunyai device yang mempunyai memory berkapasiti rendah.

Update April 2018 ⇒ Penambahan build baru : Aeon Nox Gaming Build

Bagaimana untuk menginstall ARMC di device anda

ARMC merupakan aplikasi mod Kodi dari team androidrepublica dan terdapat premium build untuk memudahkan user memasukkan add on berkualiti dan sentiasa diupdate. Untuk kos penyelenggaraan server dan memastikan addon sentiasa diupdate, kami mengenakan sedikit once off payment kepada user.

Langkah 1: Selepas membuat pembelian, anda akan mendapat file apk ARMC
Langkah 2: Sila install aplikasi ARMC (Pastikan anda enable unknown source di bahagian security – setting).
 
Langkah 3: Selepas itu hanya buka aplikasi dan anda akan berada di main page.

Langkah 4: Selepas itu akan ada auto installer Kodi IPTV Malaysia. Tekan Dismiss atau Remind Me later. 

Langkah 5: Selepas itu pilih setting auto maintenance seperti dibawah (Optional – boleh unclick jika tidak mahu) dan klik continue.


Langkah 6: Kemudian klik Build Menu untuk langkah seterusnya.

Langkah 7: Ruangan pemilihan build. Pastikan anda memilih build berdasarkan Kodi version yang digunakan. 
Langkah 8: Setelah memilih build version anda, klik pada Fresh Install. Digalakkan  menggunakan fresh install untuk mengelakkan system anda dipenuhi dengan duplicate addon.
 
Langkah 9: Wizard akan restore / delete data-data lama anda untuk memasukkan file baru. Klik continue.
 
Langkah 10: Androidrepublica Wizard akan mula mendownload file ke system anda. Pastikan connection anda stabil. Sekiranya error, sila cuba semula.
Langkah 11: Androidrepublica Wizard akan menginstall dan update system anda. Proses mungkin memakan sedikit masa bergantung pada spesifikasi sistem anda. Sila pastikan tiada error. [Error:0]
Langkah 12: Selesai. Hanya perlu Force Close dan masuk semula ke Kodi untuk menggunakan Kodi IPTV Malaysia Premium Build.
Selesai proses installation. Pastikan anda membuka addon plexus di program addon untuk mengaktifkan acestream. Download dan login aplikasi acestream sekiranya anda menggunakan android box.
Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna!
Exit mobile version