androidrepublica

PlayTV @ Unifi TV | Live TV Streaming Apps

Sebelum ini kami ada memberitahu mengenai aplikasi percuma untuk pengguna unifi dan streamyx yang diberikan oleh pihak TM kepada pelanggan mereka. Bermula 12 January 2018, HyppTV dan HyppTV everywhere telah pun di rebrand dan di beri nama baru iaitu unifi tv dan unifi play tv.

playtv@unifi merupakan aplikasi OTT (over the top) streaming service yang menawarkan siaran berkualiti seperti live news, sports, tv shows, movies, documentaries, kid shows dan bermacam-macam lagi.

Aplikasi ini boleh didapati untuk para pengguna Android dan juga iOS, membolehkan anda mengikuti pelbagai rancangan yang digemari terus pada telefon pintar, tablet dan juga android box. Hanya perlu mendaftar secara percuma menggunakan no telefon anda dan boleh terus layari aplikasi ini.

Download aplikasi ini secara percuma dan hanya perlu register untuk menikmati siaran percuma dan premium secara on the go! *Content rights untuk playtv@unifi app hanya boleh digunakan di dalam Malaysia sahaja.


Bagaimana untuk mendapatkan PlayTV@UnifiTV

Langkah 1: Download dan Install aplikasi melalui google playstore atau itunes. Sekiranya menggunakan android box, download aplikasi diatas.

Langkah 2: Masukkan informasi yang diperlukan dan activation code akan dihantar ke no telefon anda

Langkah 3: Masukkan activation code dan anda sudah boleh melayari aplikasi ini

playtv@unifi boleh juga digunakan tanpa perlu subscribe unifi ataupun streamyx, Walaubagaimanapun anda hanya boleh menonton siaran tv percuma sahaja. Hanya subscriber unifi dan streamyx boleh mengakses premium channel.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna!
Exit mobile version