Cara Install Apk Apps di Unifi Plus Box

TM Unifi sudah pun melancarkan Unifi Plus Box terbaru mereka untuk menggantikan Hypptv Box Putih yang sudah agak outdated untuk membolehkan user menikmati content streaming 4k dengan lebih stabil.

Dengan menggunakan quad-core processor dan 2GB DDR4 RAM serta 8GB eMMC storage dengan Android TV version 9 membolehkan box ini untuk berfungsi dengan lebih pantas berbanding box terdahulu.

Walaubagaimanapun, pihak tm unifi telah menyekat fungsi untuk menginstall aplikasi dari luar apps store dan seterusnya menyekat serta menghad penggunaan unifi box plus ini untuk digunakan secara optimum.

Namun begitu terdapat loop hole, yang boleh digunakan oleh anda untuk memasukkan aplikasi android secara mudah di unifi plus box menggunakan adb sideload method.

Tutorial untuk install Aplikasi Android di Unifi Plus Box

Langkah 1 : Terlebih dahulu anda perlu install developer tools apps di apps store

Langkah 2 : Buka aplikasi tersebut dan pergi ke Developer Options.

Langkah 3 : Enable kan developer option dan juga USB debugging.

Langkah 4 : Menggunakan PC ataupun Laptop / Mac anda, download SDK Platform-Tools di laman web ini.

Langkah 5 : Extract file yang di download tadi ke local disk (C:) dan rename folder tersebut kepada adb.

Langkah 6 : Open cmd command (shortcut : window + X) dan taip : cd\

Langkah 7 : Selepas itu taip pula : cd adb

Langkah 8 : Kemudian taip : adb connect xxx.xxx.x.xxx (IP address anda). Semak IP address anda di bahagian connection status wifi di setting.

Langkah 9 : Akan ada pop up di unifi plus box anda. Tekan allowed untuk membolehkan adb connect ke box. Ulangi langkah 8 semula untuk memastikan connection berjaya.

Langkah 10 : Taip : adb install xxxx.apk (aplikasi yang hendak di install. Pastikan anda masukkan file apk tersebut ke dalam folder adb terlebih dahulu)

Langkah 11 : adb akan memulakan proses installation. Performing Streamed Install.

Langkah 12. Installation akan mengambil masa beberapa minit (bergantung kepada size aplikasi). Sekiranya berjaya anda akan mendapat status : Success.

Langkah 13 : Selesai. Hanya buka aplikasi di Unifi plus box anda.

Kini anda boleh menggunakan unifi plus box anda seperti android tv box yang lain. Sekiranya berminat untuk mendapatkan pakej IPTV astro, sila singgah di shop kami.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Latest Comments

  1. Mahathir Bin Zubir March 29, 2020
    • Kodi IPTV Malaysia March 29, 2020
      • rizal September 1, 2020
  2. aliff April 4, 2020
  3. Mr T April 9, 2020
  4. zynetcs April 23, 2020
    • Kodi IPTV Malaysia April 23, 2020
    • CJ July 14, 2020
    • SYAMILNASRUL BIN NASARUDDIN September 23, 2020
  5. Ardiannie April 23, 2020
    • Kodi IPTV Malaysia April 23, 2020
  6. Deni May 26, 2020
  7. mamat June 15, 2020
  8. ridz77rizuan August 1, 2020
  9. lilly August 2, 2020
  10. MZK August 22, 2020
  11. Shuk August 28, 2020
  12. kamal August 29, 2020
  13. Cik Ash September 17, 2020
  14. SYAMILNASRUL BIN NASARUDDIN September 23, 2020
  15. Zam September 27, 2020
  16. J October 1, 2020
  17. IS October 13, 2020
  18. pait October 28, 2020
  19. sham November 24, 2020
  20. Kiki December 16, 2020
  21. Nizam December 23, 2020
  22. Antukechik December 31, 2020
  23. Fad February 20, 2021
  24. Ruzaini July 27, 2021
  25. apis April 28, 2022

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: