androidrepublica

Genesis | Kodi Addon

Genesis adalah addon yang dihasilkan oleh lambda dan merupakan addon yang agak popular sebelum developer asal nye menarik diri dan tidak lagi meneruskan development addon ini. Kini ia telah pun dihidupkan kembali oleh kariosh dan masih mengekalkan structure code yang lama.

Addon ini membolehkan anda untuk menonton movie dan tv show popular secara percuma dengan HD kualiti. Berbanding dengan fork genesis / exodus yang lain, addon ini adalah jauh lebih ringan dan pantas untuk digunakan.

Ini disebabkan addon genesis masih mengekalkan fungsi asas dan tidak se complex genesis / exodus fork yang lain.

Kualiti siaran adalah sangat memuaskan dan boleh dikatakan hampir ke semua link adalah lancar serta memuaskan. Pastikan anda menggunakan internet speed >10mbps.

Sekiranya anda ingin mendapatkan link video premium dan berkualiti tanpa buffering, addon ini boleh digunakan bersama real-debrid account. Hanya register dan link kan account anda ke resolve url setting dan anda akan mendapatkan link premium secara terus.

Boleh dikatakan amat sesuai digunakan sekiranya anda meminati movie dan tv show dari us dan uk dengan source yang stabil dan berkualiti.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Add-on Genesis

Anda boleh mendapatkan addon ini di repository kodiuktv dengan menambah source dengan menggunakan link ini ⇨ http://kodiuk.tv/repo dan namakan kodiuktv. Selain daripada itu anda juga boleh mendownload repository kodiuktv di bawah secara terus

Langkah 1: Download repository.kodiuktv diatas.

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.

Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.

Langkah 5: Pilih “Install From Zip” dan pergi ke lokasi dimana file di Download / Source.

Langkah 6: Klik dan install “repository.kodiuktv-x.x.x.zip“. Sekiranya menggunakan source pergi ke – kodiuktv repository dan pilih repository kodiuktv.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons installed”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi ke “kodiuktv repository“.

Langkah 9: Klik “Video add-ons” dan install “Genesis”.

Langkah 10: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons installed”.

Langkah 11: Berjaya sekiranya notifikasi installation keluar dan boleh ke section “Video Add-ons“ dan klik add-ons Genesis.

Langkah 12: Sekiranya tidak berjaya ulangi langkah menggunakan source / download zip file.

Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Krypton, Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna!

Exit mobile version