Bagaimana untuk menambah source atau zip file Kodi

Terdapat dua cara untuk menambah addon di system Kodi anda. Iaitu dengan menggunakan link url dengan penambahan source ataupun dengan mendownload zip file addon tersebut secara terus ke dalam system sebelum menginstall.
Sekiranya anda ingin menambah addon menggunakan zip file menggunakan file yang telah di download boleh rujuk terus ke langkah 5 (Kodi Krypton) atau langkah 6 (Kodi Jarvis / FTMC/CEMC).
Bagaimana untuk Menambah Source di Kodi – Krypton

Untuk yang baru menggunakan Kodi, anda kena enable unknown source terlebih dahulu
 
Langkah 1: Pergi ke Home Screen dan tekan Setting

Langkah 2: Pilih File Manager.

Langkah 3: Tekan Add Source.

Langkah 4: Dan masukkan source url dan nama dan tekan ok. Kini source url sudah disimpan didalam system anda.

Bagaimana untuk Menambah addon di Kodi – Krypton

Langkah 5: Pergi ke Home Screen dan pilih Add-ons.

Langkah 6: Pilih Add-on Browser Icon.
Langkah 7: Pilih Install from zip file.
Langkah 8: Pilih addon di lokasi yang anda simpan / download atau pilih source yang dimasukkan dalam langkah diatas.
 

Bagaimana cara menambah Source di Kodi Krypton / FTMC / CEMC (Confluence Skin)

Langkah 1: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 2: Klik pada tab “System” dan kemudian File Manager”.

Langkah 3: Tekan menu “Add source“.

Langkah 4: Masukkan path atau address anda dan namakan. digalakkan untuk meletak dot dihadapan nama source untuk menyenangkan proses mencari.

Langkah 5: Tekan “Ok” dan anda akan kembali ke menu sebelumnya. sekiranya source berjaya dimasukkan akan melihat source seperti gambar dibawah. Sekiranya salah eja ataupun source down, akan terdapat error.

Langkah 6: Kembali semula ke menu utama. Tekan “System” dan pilih “Setting“.

Langkah 7: Kemudian tekan menu “Add-ons“.
Langkah 8: Selepas itu pergi ke “Install from zip file“.
Langkah 9: Anda akan melihat directory pilihan. Pilih source yang hendak di install.

Langkah 10: Terdapat banyak pilihan repository (bergantung kepada source yang dimasukkan). Sekiranya source down, akan terdapat error connecting.

Langkah 11: Selesai memasukkan source. Bagaimanapun ada sebahagian addon yang tidak mempunyai source dan anda perlu menginstall direct menggunakan zip file.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Latest Comments

  1. Sazmie Willie July 23, 2017
  2. Tanpa Nama August 1, 2017
  3. shahriman August 1, 2017
  4. shahriman August 1, 2017
  5. Azlan Abdullah September 28, 2017
  6. Pingback: Swa-DESI | Kodi Addon - Kodi IPTV Malaysia December 21, 2017
  7. Pingback: Star Tec | Kodi Addon - Kodi IPTV Malaysia December 22, 2017
  8. Pingback: Covenant - Kodi Addon - Kodi IPTV Malaysia December 27, 2017
  9. Amir January 5, 2018
  10. Nasrul March 15, 2018

Leave a Reply

Selamat datang! Sempena pru2018 kami akan memberikan promosi diskaun kepada penjualan iptv masukkan code : promo2018 untuk menikmati diskaun pada masa terhad Dismiss

%d bloggers like this: