Banyak user yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan HD video link yang stabil dan sering kali mengalami buffering semasa menonton movie dan juga tv series kegemaran.

Majoriti host file yang digunakan dalam kodi addon mahupun apk movie adalah percuma dan mempunyai kapasiti bandwidth yang terhad. Had kelajuan akan di limitkan sekiranya terlalu ramai yang access dan ini akan menyebabkan berlakunya masalah buffering dan lag dan mengganggu kelancaran video stream.

Real-Debrid adalah perkhidmatan berbayar yang memberikan akses premium kepada beberapa host file yang popular di internet. Bayaran premium ini membolehkan server file host di maintain dan anda akan dapat menikmati kelajuan download serta upload unlimited dan sekaligus mengurangkan masalah buffering.

Real debrid juga boleh digunakan di dalam aplikasi kodi, hanya perlu configure dan anda akan mendapat link berkualiti yang lebih banyak dan sangat stabil.

Link premium akan di scrap secara automatik dan membolehkan anda menonton movie dengan sangat mudah. Selain daripada itu, anda tidak lagi perlu untuk pairing sekiranya menggunakan openload atau rapidgator. Hanya klik dan play. Mudahkan?

Anda boleh menggunakan service ini secara percuma (happy hours). Masa penggunaan happy hours adalah seperti di atas ( 1.00PM – 6.00PM waktu Malaysia). Boleh cuba untuk melihat sama ada terdapat sebarang perubahan atau pun tidak semasa menggunakan Real-Debrid.

Harga subscription untuk real debrid boleh dikatakan amat murah. Hanya sekitar RM40 untuk 3 bulan sahaja. Account real debrid boleh digunakan untuk mendownload file secara terus ataupun link kan account kedalam aplikasi kodi atau movie apk untuk membolehkan anda menonton movie dengan lancar.

Bagaimana untuk menggunakan account real debrid di Kodi

Anda boleh mendapatkan real debrid account dengan hanya klik logo dibawah. Register dan purchase account untuk proceed.

Langkah 1: Dapatkan account real debrid diatas.

Langkah 2: Buka Aplikasi Kodi, pergi ke System, klik Add-ons dan klik Manage dependencies.

Langkah 3: Cari Resolveurl dan klik Settings. Kemudian Pilih Universal Resolvers dan klik (Re)Authorize My Account.

Langkah 4: Selepas itu akan keluar pop up, dan anda hanya perlu pergi ke URL https://real-debrid.com/device untuk mengaktifkan account.

Langkah 5: Masukkan code dari langkah diatas dan tekan Continue.

Langkah 6: Sekiranya berjaya, anda akan melihat notification real debrid account telah di authorized. Ulangi langkah diatas untuk urlresolver juga.

Langkah 7: Hanya pergi ke add on yang support real debrid seperti exodus redux, yoda, seren dan banyak lagi, untuk menikmati penggunaan link real debrid.

Langkah 8: Selain daripada Kodi, terdapat beberapa aplikasi movie yang menggunakan real debrid seperti terrarium, bee tv. Hanya pergi ke setting dan authorize sahaja.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna!

0 Replies to “Real-Debrid | Menonton HD Kualiti Tanpa Buffering”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.