androidrepublica

Subscene | Kodi Subtitle

Subscene adalah addon yang dihasilkan oleh CrowleyAJ serta Thuongtin dan merupakan addon yang membolehkan anda untuk menggunakan servis subtitle di dalam aplikasi kodi.

Addon ini menggunakan service popular daripada website subscene dan mempunyai lebih banyak subtitle berbahasa melayu berbanding penggunaan addon opensubtitle.

Penggunaan subscene addon adalah sangat mudah, hanya perlu klik icon substitle semasa anda membuka mana-mana movie dan selepas itu klik menu download untuk membolehkan menu paparan subscene muncul.

Boleh dikatakan addon subtitle yang wajib digunakan sekiranya anda ingin menonton movie dan tv show dari dalam dan luar negara dengan menggunakan subtitle bahasa melayu.

Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Add-on Subscene 2

Anda boleh mendapatkan addon ini dengan  mendownload plugin subtitle zip add-on di bawah secara terus

Download Zip File Addon

Langkah 1: Download plugin service.subtitle.subscene diatas.

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.

Add-ons Menu

Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.

Add-ons Browser Icon

Langkah 5: Pilih “Install From Zip” dan pergi ke lokasi dimana file di Download.

Install from zip file

Langkah 6: Klik dan install plugin service.subtitle.subscene yang telah di download di langkah 1.

Install from zip file location

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons installed”.

Add-on installed

Langkah 8: Berjaya sekiranya notifikasi installation keluar dan boleh ke section “Video Add-ons“ dan buka mana-mana video addon.

video add-ons

Langkah 9: Hanya perlu klik menu subtitles semasa anda memasang video untuk membolehkan paparan subtitle keluar.

Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Krypton, Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna!

Exit mobile version