Menambah Subtitle di KODI


Satu perkara yang menarik mengenai kodi ialah kita boleh mencari dan memilih subtitle untuk 

menonton movie atau tv series. Ada sesetengah addon yang telah pun tersedia, sementara ada 

sesetengah addon yang memerlukan kita mencari secara manual. okeh, dibawah akan diterangkan 

cara-cara untuk menambah subtitle di kodi

  • Pergi ke home screen dan pilih system
  • kemudian pergi ke tab Add-ons

  • lepas tu klik pada tab Install from repository

  • cari dan klik pada Kodi Add-on repository (sudah tersedia ada dalam directory)

  • kemudian pergi ke menu subtitle


  • kemudian akan kelihatan banyak pilihan subtitle untuk dipilih. antara yang paling popular dan sangat digalakkan adalah OpenSubtitles.org dan juga Subscenes. klik dan install 
  • kemudian, patah balik ke menu services
  • Install Autosubs untuk mendapatkan pilihan subtitle setiap kali kita menonton movie. 

  • okeh setelah selesai, pergi semula ke system dan klik pada menu video

  • Pilih subtitle dan pastikan setting level ditetapkan pada standard atau expert

  • cari dan klik pada menu Default movie service 

  • pilih samada OpenSubtitle atau pun Subscene (antara top 2 subtitle). Alternative lain Podnapisi dan Addicted7
  • kemudian pergi ke menu preferred language dan pilih bahasa yang ingin digunakan
  • selepas itu klik pada menu Language to download subtitle, disini anda boleh memilih bahasa malayu dan juga english (sekiranya tiada bahasa melayu, subtitle english akan didownload)
  • okeh.selesai. sekarang anda boleh menonton movie pilihan dan menu subtitle akan enable

  • boleh pilih mana-mana subtitle yang dirasakan sesuai. pastikan tajuk adalah sama dengan movie yang dipilih. 

enjoy
—————————————————————————————————

Untuk update terkini, opensubtitle memerlukan anda untuk mendaftar. sila pergi ke http://www.opensubtitles.org/newuser dan mendaftar, ianya percuma. bila anda sudah mendaftar, pergi ke kodi untuk mengaktifkan opensubtitle

  • Pergi ke System > Add-ons > My Add-ons > Subtitles dan pada OpenSubtitles.org.
  • Tekan Update untuk mendapatkan versi terkini (at least 5.0.16).
  • Tekan Configure dan masukkan username and password.
  • Klik OK untuk mengesahkan.
Sekiranya masih mempunyai masalah dalam pendaftaran, anda boleh mencuba unofficial opensub tanpa perlu mendaftar.. 
Download unofficial opensub : Link 1  Link 2
    —————————————————————————————————
    untuk pengguna subscene sekiranya anda mempunyai masalah ataupun error sila update ke versi yang terkini ataupun uninstall dan install balik. 
    —————————————————————————————————
    Untuk menambah subtitle secara manual ataupun dari luar kodi (subtitle melayu boleh diperolehi di malaysub.com)
    • tekan ikon suara seperti dibawah

    •  dan “browse subtitle” di tempat yang anda telah mendownload sebelum ini

    0 Replies to “Menambah Subtitle di KODI”

    Leave a Reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.