Easy Advanced Settings – Fix Buffering

Easy Advanced Setting addon merupakan program addon yang membolehkan anda untuk create, edit, view dan juga mendelete advancedsetting.xml file dengan menggunakan interface yang mudah dan senang untuk difahami.

Membuat advancedsetting.xml file membolehkan anda untuk improve dan juga mengatasi masalah buffering issue. Dengan membuat command setting ini, kodi boleh menggunakan free memory (RAM) yang masih available dari device untuk cache @ simpan file yang sedang dilihat. Sekiranya anda menonton movie atau tv show, ini membolehkan device untuk mendownload terlebih dahulu in advance siaran tersebut dan sekaligus mengurangkan masalah buffering.

buffermode ⇨ Force Kodi untuk cache kesemua video files, termasuk local network, internet, dan juga local hard drive. Default value adalah 0.

cachemembuffersize  Simpan cache dalam RAM dan boleh adjust penggunaan RAM. Sekiranya anda set terlalu tinggi, Kodi akan crash dan force stop. Boleh pergi ke system info untuk melihat free memory didalam sistem anda dan set 1/3 daripada nilai ini untuk penggunaan optimum.

readbufferfactor ⇨ Adjust fill rate untuk cache. Setting ini akan membolehkan kodi untuk menggunakan available bandwidth yang boleh digunakan oleh device anda.


untuk info lebih mengenai definisi mengenai setting dan default value boleh rujuk laman web ini ⇨ http://kodi.wiki. Sebelum melakukan apa-apa setting atau modifikasi, pastikan anda backup addon / setting anda terlebih dahulu.


Bagaimana untuk mendapatkan Easy Advance Setting

Anda boleh mendapatkan addon ini menggunakan indigo tool addon ataupun mendownload plugin secara terus menggunakan link dibawah.

button

Langkah 1: Download Plugin Program Advanced Setting diatas (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).
Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.
Langkah 3: Pergi ke “System” dan pilih “Setting”.
Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons”.
Langkah 5: Pilih “Install From Zip Files” dan pergi ke lokasi dimana file di Download.

Langkah 6: Klik dan install plugin.program.advancedsettings-0.8.8.zip”.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated” dan boleh pergi ke menu Program
Bagaimana untuk menggunakan Easy Advance Setting


Buka addon Easy Advance Setting dan pergi ke menu Edit Setting

Kemudian pergi ke Network Setting dan klik menu tersebut.

Selepas itu klik pada menu Network.

Adjust cachemembuffersize, buffermode dan juga readbufferfactor berdasarkan spesifikasi box anda. 

Setiap box mempunyai spesifikasi yang berbeza. Boleh cuba nilai dibawah berdasarkan kapasiti RAM di box anda.
Android Box dengan 1GB Memory
cache member buffer size ⇨ 157286400
buffer mode ⇨ 1
read buffer factor ⇨ 5
Android Box dengan 2GB Memory
cache member buffer size ⇨ 262144000
buffer mode ⇨ 1
read buffer factor ⇨5
Client URL Library setting : 
curlclienttimeout , curllowspeedtime ⇨  anda juga boleh enable function ini untuk membolehkan fungsi autoplay lebih cepat dan tepat (reduce loading masa link selection semasa memilih source)
boleh adjust kepada 10. Sekiranya kelajuan internet slow (<10mbps) , set kepada 15.
Selepas itu kembali ke menu utama dan tekan pada Write XML File dan tunggu sehingga keluar notifikasi. Restart Kodi dan Advance Setting akan di apply di system anda. Sekiranya setting ini mempunyai masalah, hanya pergi ke Reset all settings untuk kembali ke default setup.

Untuk menambah source atau tambah addon by zip menggunakan kodi krypton ➔ rujuk post ini.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dah Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

7 Replies to “Easy Advanced Settings – Fix Buffering”

  1. Salam min..maaf nk bertanya..
    Klu sya xguna real debrid atau pun premiumize, adakah sy Blh tgok movie and TV show sama sperti jarvis version sebelum ni..

  2. Salam min..maaf nk bertanya..
    Klu sya xguna real debrid atau pun premiumize, adakah sy Blh tgok movie and TV show sama sperti jarvis version sebelum ni..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.