FTMC – Kodi 16.2.31 Fork from FreakTab

Sebelum ini kami ada berkongsikan SPMC yang merupakan alternatif terbaik untuk penggunaan Kodi di android box, kali ini kami akan berkongsi kan satu lagi alternatif iaitu FTMC. Untuk yang masih belum mengetahui, TVADDONS telah pun memberitahu mengenai kemungkinan tiada lagi HD streaming untuk pengguna Kodi 16.1 Jarvis disebabkan oleh tiada HTTPS support menyebabkan access kepada streaming site tidak lagi boleh dilakukan.

Sekiranya anda pengguna Kodi 16.1 Jarvis, pasti akan mengalami nasib yang sama, boleh dikatakan hampir kesemua link HD tidak dapat lagi di scrapt didalam addon Exodus dan juga Specto. Semua ini disebabkan oleh sharing site da implements TLS v1.1 / v1.2 connections protocol (previously SSL) yang mana perlu menggunakan HTTPS untuk access content streaming site ini. 

Walaubagaimanapun, ini mungkin adalah salah satu cara untuk memaksa pengguna box lama beralih kepada box baru dan sekaligus menghalang penggunaan generic android box yang mempunyai spesifikasi yang rendah.

Punca sebenar bukanlah disebabkan oleh kekangan hardware untuk support HTTPS, tapi lebih kepada penggunaan python version yang tidak compatible dengan  kebanyakkan hosting atau streaming site  yang telah beralih kepada TLS v1.1 / v1.2 socket. Terbaru, beberapa developer dari FreakTab telah pun membuat forked Kodi dengan mengupgrade python modules kepada 2.7 yang mana compatible dengan SSLv2 dan boleh mengakses streaming site yang menggunakan HTTPS.

 

 

Bagaimana untuk mendapatkan FTMC – Kodi 16.2.31 Fork SSLv2 supported

Untuk pengguna android box yang masih menggunakan android 4 kitkat, terutamanya HyppTV Box boleh menggunakan aplikasi ini untuk menggantikan penggunaan Kodi 17 Krypton. Ini membolehkan anda untuk mendapatkan HD Source dan mengelakkan Playback Error disebabkan oleh SSL v2 compliant.

Untuk Pengguna Box Amlogic (Sekiranya tidak tahu, gunakan based ini sahaja) 

Untuk Pengguna Box Rockchip Sahaja
Langkah 1 – Pastikan anda backup kodi anda dahulu sekiranya ingin mengekalkan addon dan setup yang sedang digunakan.
Langkah 2 – Uninstall Kodi untuk memasukkan FTMC menggunakan download link diatas.
Langkah 3 – Selesai proses installation, pergi ke Setting (icon gear) – Appearance dan tukar skin kepada Confluence dan font ke Arial Based untuk mendapatkan skin default Kodi

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dah Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Latest Comments

  1. Tanpa Nama April 9, 2017
  2. Unknown April 10, 2017
  3. Budak Sungkai April 22, 2017
  4. Tanpa Nama April 25, 2017
  5. Tanpa Nama April 29, 2017
  6. Kodi IPTV Malaysia April 30, 2017
  7. Tanpa Nama May 4, 2017
  8. Fazilah Che Ani May 8, 2017
  9. Penjawat Awam June 17, 2017
  10. DKA Resources June 20, 2017
  11. Tanpa Nama June 20, 2017
  12. Tanpa Nama July 19, 2017
  13. Ajs Ajs September 11, 2017
  14. Balqis Batrisyia September 29, 2017
  15. Firdaus Omar December 16, 2017
  16. Ashraf December 27, 2017
  17. boboy January 29, 2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Promosi pembelian IPTV sahaja, sila masukkan code : | kodimalaysia | untuk menikmati diskaun pada masa terhad Dismiss

%d bloggers like this: