Kodi Fix Guide

Dalam Guide ini admin akan cuba untuk update masalah-masalah yang sering berlaku semasa menonton kodi. Sekiranya ada masalah yang ingin diselesaikan sila tinggalkan komen @ soalan dan kami akan cuba membantu anda

1. Tiada Video dalam Kodi hanya Suara sahaja @ Video tersekat-sekat (scrambling)

  • Pergi ke System >> Setting dan ke menu Video 
  • Tukar settings level ke Advanced /Expert
  • Pergi ke menu Acceleration dan disable Hardware Acceleration (Cuba Lihat samada berjaya atau tak)
  • Sekiranya masih belum selesai – Pergi ke Render Method – Tukar ke Software

2. Membesarkan video atau gambar 

  • Klik di bahagian Video seperti anak panah diatas
  • Tukar video mode ke Stretch ataupun Zoom

3. Suara dan video tak sama (Lip Sync Issue)

  • Perkara pertama yang perlu dipastikan adalah anda memilih subtitle yang bersesuaian. pastikan kualiti video dan tajuk movie adalah sama terlebih dahulu.
  • Sekiranya masih juga tidak berhasil pergi ke menu subtitle diatas dan pilih Subtitle Offset
  • Adjust subtitle anda sama da kedepan atau kebelakang bergantung pada masalah yang dihadapi

4. Suara di Kodi perlahan walaupun volume TV sudah max

  • Tekan menu sound seperti gambar diatas.
 
  • Naikkan sedikit Volume amplification sehingga dirasakan sesuai.
5. Tiada Suara di Kodi (Mute)

  • Sekiranya anda melihat gambar dengan icon diatas menandakan kodi sudah di mute, hanya perlu tekan keyboard F8 atau volume + (long press)

6. Notification Swipe Down (Untuk yang baru install Kodi)

  • Ini merupakan notification sekiranya anda baru menginstall kodi. untuk membuang notifikasi ini hanya perlu tekan ok dengan menggunakan mouse (untuk box user)
7. Movie Hilang Selepas dilihat

  • Sekiranya movie atau tv series tidak dapat lagi dilihat selepas habis menonton, pastikan anda un tick menu diatas.
8.  YouTube : Daily Limit Exceeded / Quota Exceeded
  • Masalah terjadi disebabkan quota youtube yang telah di had kan untuk setiap user. untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuat api key anda sendiri. Rujuk Sini.