Fix Kodi Youtube Not Configure Problem

Youtube addon merupakan antara addon paling popular digunakan di dalam Kodi buat masa ini. Tedapat berbagai jenis content yang boleh di access dengan mudah menggunakan addon ini.

Selain daripada itu, penggunaan addon youtube adalah amat senang berbanding menggunakan aplikasi youtube disebabkan oleh beberapa faktor seperti interface yang kemas dan juga boleh menonton tanpa sebarang iklan.

Bagaimanapun terdapat beberapa masalah yang akan dihadapi oleh pengguna youtube addon seperti “Exception in ContentProvider” dan juga yang paling popular “Quota Exceeded”.

Kini, terdapat pula masalah terbaru dimana user akan mengalami masalah “Youtube Not Configure” dan juga “Playlist Schedule for Delete”. Ini adalah disebabkan oleh api key addon developer sudah tidak lagi valid.

Api key ini adalah sangat penting disebabkan oleh google hanya membenarkan aplikasi yang mempunyai authorization untuk mengakses ke aplikasi youtube. Tujuan nya adalah untuk memastikan tiada sebarang penyalah gunaan serta menghalang sebarang malicious aktiviti.

Bagaimanapun masalah ini boleh diselesaikan dengan sangat mudah. Anda hanya perlu create personal api key dari google console dan key in sahaja didalam addon youtube configuration.

Sekiranya anda rasanya step ini adalah sangat susah. Boleh dapatkan Premium Build atau ARCM dari shop kami atau shopee kami. Ia mempunyai Api key tersendiri tanpa perlu anda setup apa-apa.

Cara Untuk Create API Key Personal Youtube

  • Create Project
  • Namakan dengan apa-apa nama dan tekan butang “Create“.
  • Pergi ke Library dan Enable Apis And Services ataupun click API Library sekiranya masih blom activate sebarang API.
  • Cari dan klik pada Youtube Data API v3
  • Click dan Enable aplikasi ini.
  • Tekan butang “Create Credentials“.
  • Hanya pilih Youtube Data API v3, Other Ui dan User data. Selepas itu klik butang “What credential do i need“.
  • Selepas itu hanya tekan Set UP Consent Screen dan anda akan berada di tab explorer yang berlainan.
  • Pilih External dan tekan butang “Create“.
  • Namakan aplikasi dan masukkan Support Email anda. Selepas itu hanya tekan Save.
  • Kembali semula ke tab yang pertama atau klik sahaja Credentials.
  • Namakan client ID sama seperti step sebelum2 ini dan tekan Create OAuth client ID.
  • Selesai bahagian ini. Tekan Done.
  • Pergi ke Create Credential dan Pilih API Key
  • Api Key sudah di created. Boleh salin dan copy. Kemudian Close.
  • Kini anda sudah mempunyai Api Key, Client ID dan Client Secret ID.
  • Masuk kedalam aplikasi Kodi anda dan buka setting addon Youtube.
  • Pergi ke menu “API” dan klik pada “Enable Personal API Keys“. Kemudian masukkan “API Key” serta “OAuth client” dari proses diatas.
  • Masukkan Api Key, API ID dan API Secret anda. Pastikan anda remove apps.googleusercontent.com dari client id key. Hanya ambil id dibahagian depan sahaja.
  • Selesai. Kini addon anda boleh beroperasi seperti biasa.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

Latest Comments

  1. Mahathir March 24, 2020
  2. Nizam March 30, 2020
  3. Asmizan April 3, 2020

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: