Satu perkara yang menarik mengenai kodi ialah kita boleh mencari dan memilih subtitle untuk
menonton movie atau tv series. Ada sesetengah addon yang telah pun tersedia, sementara ada
sesetengah addon yang memerlukan kita mencari secara manual. okeh, dibawah akan diterangkan
cara-cara untuk menambah subtitle di kodi
- Pergi ke home screen dan pilih system
- kemudian pergi ke tab Add-ons
- lepas tu klik pada tab Install from repository
- cari dan klik pada Kodi Add-on repository (sudah tersedia ada dalam directory)
- kemudian pergi ke menu subtitle
- kemudian akan kelihatan banyak pilihan subtitle untuk dipilih. antara yang paling popular dan sangat digalakkan adalah OpenSubtitles.org dan juga Subscenes. klik dan install
- kemudian, patah balik ke menu services
- Install Autosubs untuk mendapatkan pilihan subtitle setiap kali kita menonton movie.
- okeh setelah selesai, pergi semula ke system dan klik pada menu video
- Pilih subtitle dan pastikan setting level ditetapkan pada standard atau expert
- cari dan klik pada menu Default movie service
- pilih samada OpenSubtitle atau pun Subscene (antara top 2 subtitle). Alternative lain Podnapisi dan Addicted7
- selepas itu klik pada menu Language to download subtitle, disini anda boleh memilih bahasa malayu dan juga english (sekiranya tiada bahasa melayu, subtitle english akan didownload)
- okeh.selesai. sekarang anda boleh menonton movie pilihan dan menu subtitle akan enable
- boleh pilih mana-mana subtitle yang dirasakan sesuai. pastikan tajuk adalah sama dengan movie yang dipilih.
Untuk update terkini, opensubtitle memerlukan anda untuk mendaftar. sila pergi ke http://www.opensubtitles.org/newuser dan mendaftar, ianya percuma. bila anda sudah mendaftar, pergi ke kodi untuk mengaktifkan opensubtitle
- Pergi ke System > Add-ons > My Add-ons > Subtitles dan pada OpenSubtitles.org.
- Tekan Update untuk mendapatkan versi terkini (at least 5.0.16).
- Tekan Configure dan masukkan username and password.
- Klik OK untuk mengesahkan.
- tekan ikon suara seperti dibawah
- dan “browse subtitle” di tempat yang anda telah mendownload sebelum ini
bro tnpa nama knp subscene kuar error ea..pdhal dh download…
fix guide nk g ktne
kena view pakai desktop mode baru leh nmpak menu.. ade banyak pilihan
kena retry byk kali. subscene mmg problem pun
TQ cubA dulu
Bro, untuk live tv bole ke tak subtitle mcm hbo?