Tutorial Menggunakan Acestream – Plexus Kodi

Satu-satunya cara untuk terus mendapatkan stream HD yang stabil secara percuma adalah melalui Plexus – Acestream. Satu cara yang baik untuk mencari dan menonton acestreams adalah melalui Kodi. Acestream menggunakan konsep p2p seperti torrent dan ini membolehkan link yang digunakan lebih stabil dan kurang buffering.


Banyak addon, terutamanya yang berkaitan dengan bolasepak menggunakan acestream sebagai platform. Bagaimana untuk mendapatkan acestream? Ikut langkah dibawah. Sangat mudah dan boleh dilakukan dalam masa kurang 10 minit.

Bagaimana cara untuk memasukkan Plexus – Acestream di Kodi

Anda boleh mendownload secara terus Program Addon Plexus secara terus menggunakan direct link yang disertakan dibawah :


button

Langkah 1: Download Addon Plexus diatas (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “Menu Utama” dan pilih “Add-ons”.


Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons Browser Icon”.


Langkah 5: Pilih “Install From Zip” dan pergi ke lokasi dimana file di Download Source.


Langkah 6: Klik dan install plugin program plexus-0.1.4.zip”.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Kemudian pergi ke Program Addon dan Buka addon “Plexus”. Sekiranya anda menggunakan Kodi di window – akan keluar pop up dibawah (Tekan OK untuk teruskan)


Langkah 9: Addon akan mendownload Acestream modules untuk membolehkan anda menggunakan p2p link di Kodi.


Langkah 10 Selesai proses installation modules, anda akan terus dibawa ke menu utama plexus



Langkah 10: Sekiranya anda menggunakan Kodi di Window, tidak perlu untuk melakukan apa-apa perubahan, hanya pergi ke addon dan membuka mana-mana link yang memerlukan acestream. Sekiranya proses installation berjaya, link yang di buka adalah seperti dibawah.


Untuk pengguna android box. ada langkah tambahan yang perlu dilakukan. anda perlu mendownload dan menginstall aplikasi acestream terlebih dahulu.

Langkah 11: Download dan install acestream engine diatas. (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).

Langkah 12: Buka aplikasi acestream, tunggu sehingga “Unpack” dan ‘Start succeed‘. Tidak perlu signing in.

Langkah 13: Buka Kodi dan pergi ke Program ⇨ Plexus ⇨ Configure ⇨ Acestream menu. Rujuk gambar dibawah untuk mengakses menu Configuration Plexus 

Pilih Plexus dan tekan menu atau atau keyboard “C” dan pergi ke Add-on settings untuk configure plexus

Langkah 14: Tukar Acestream player type ke “External app + Kodi Player“.


Selesai, link acestream kini akan boleh di play di android box anda. pastikan anda membuka aplikasi acestream engine terlebih dahulu dan biarkan ia terbuka di backgroud, sekiranya tidak, link acestream di kodi tidak boleh dijalankan 

Hanya perlu buka mana-mana addon yang menggunakan acestream link dan anda boleh terus menonton siaran p2p tanpa buffering dengan kualiti yang lebih baik.

Untuk menambah source @ addon by zip menggunakan Jarvis, FTMC, SPMC ➔ rujuk post ini.

Klik disini untuk join RobotCash untuk info-info terbaik ⇨ Telegram

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

0 Replies to “Tutorial Menggunakan Acestream – Plexus Kodi”

  1. Admin mselepas update pakai plexus fix mula2 ok skrg dh x boleh ..countdown sampai 0, version acestream 3.1.5.0..dah setting ext app + kodi player..ada update terbaru ke?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.