3D Movie menggunakan VR Box

icon

Revolusi TV daripada era CRT, besar dan berat ke zaman LED yang nipis dan ringan memang amat pantas sekali. Bermacam-macam jenis jenama telah muncul dengan design yang amat unik, screen yang sophisticated, resolution yang tinggi dan juga pengenalan kepada Smart TV. Selain itu, konsep TV 3D juga amat unik  dan mampu meningkatkan lagi keseronokan melihat movie pilihan anda.

image 1

Bagaimanapun, dengan harga yang amat mahal membuatkan ramai yang kurang berkemampuan untuk melihat 3D movie. Kini terdapat alternatif untuk menonton 3D movie dirumah anda dengan hanya menggunakan VR Box serendah RM15 sahaja.

Kodi Media Centre membolehkan anda untuk menonton pelbagai jenis movie samada dengan kualiti SD, HD, 3D dan juga 4K. Dengan menggunakan kombinasi VR Box dan juga Phone anda, kini tidak lagi mustahil untuk menonton rancangan 3D.

Bagaimana untuk menonton 3D Movies menggunakan Kodi di VR Box

Antara addon yang membolehkan anda menonton 3D movie adalah Real-Movie, Sanctuary dan juga Pandora. Pergi ke salah satu addon diatas dan buka di phone anda. Movie 3D yang terpasang akan mempunyai 2 pecahan seperti gambar dibawah.

image 2

Selepas itu masukkan kedalam VR Box anda. Pastikan  kedudukan phone menghala kearah yang betul dan selepas itu tutup VR Box. Pastikan anda mengaktifkan flight mode untuk mengelakkan sebarang gangguan (panggilan telefon, message dan lain-lain)

image 3

Set VR Box boleh di adjust dengan sangat mudah dan mempunyai grid serta memory foam untuk mengelakkan daripada ketidakselesaan semasa memakai box ini.

image 4

VR Box ini boleh digunakan oleh pelbagai jenis dan saiz phone dari 3.5 ke 6.0 Inch screen. Slot untuk  phone boleh dilaraskan untuk memberi keselesaan semasa menonton.

image 5

Dengan harga serendah  RM20 , anda boleh menonton 3D movie menggunakan phone anda. Selamat mencuba.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.