Naik taraf kelajuan Unifi dan Streamyx secara percuma

icon
Untuk pelanggan TM Unifi dan Streamyx ade berita baik untuk anda, pihak TM telah melancarkan free upgrade speed kepada semua pelanggan tanpa mengenakan sebarang charge atau kenaikan harga dikenakan .Semua pelanggan menikmati harga lama tetapi dengan kelajuan yang baru dan proses naik taraf ini adalah berperingkat mengikut kawasan.

Belanjawan 2017 yang lepas, Kerajaan telah pun mengumumkan penaik-tarafan kepada kelajuan langganan internet sedia ada bermula penghujung January 2017, dan kini, pihak Telekom Malaysia telah memulakan proses penaik-tarafan berkenaan secara berperingkat. 

unfii

Penaik-tarafan akan dilakukan selepas mendapat persetujuan pelanggan, selain bergantung kepada kemampuan infrastuktur di kawasan yang didiami seseorang pelanggan berkenaan. Pelanggan Unifi Advance 30 akan dinaik-taraf kepada Advance 50, dan Advance 50 pula akan dinaik-taraf kepada Pro Plan 100.

Bagi anda yang melanggan pakej UniFi, anda mungkin sudah mula menerima email daripada mereka, atau turut boleh ke laman khusus yang disediakan Telekom Malaysia, dan menyemak promosi khusus untuk anda.

upgrade
Hanya perlu daftar dan hantar permohonan melalui online menggunakan link dibawah.Tiada sebarang cas akan dikenakan kepada anda. Speed baru akan bermula pada 31 January 2017.
Untuk pengguna streamyx anda perlu menunggu kejutan daripada TM kerana masih belum ada sebarang info daripada mereka. Bagaimanapun anda boleh mengisi link diatas untuk mendapatkan informasi mengenai perkara ini.
image 4
Sekiranya anda mempunyai tunggakan bill, proses naik taraf ini tidak akan dapat dilakukan.

naik taraf

0 Replies to “Naik taraf kelajuan Unifi dan Streamyx secara percuma”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.