Quasar – Kodi Addon (Torrent Streaming)

icon

Quasar video add-on telah dihasilkan oleh developer Scakemyer. Addons ini merupakan fork project daripada Pulsar yang kini sudah lagi tidak di update. Quasar berfungsi sebagai streaming engine untuk mencari torrent di Kodi. Seperti juga Acestream, Quasar sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang mempunyai internet yang kurang laju tetapi ingin mencuba untuk melihat video pada kualiti yang tinggi.

menu

Addon ini membolehkan anda untuk menonton filem dan tv show diseluruh dunia. Hanya perlu cari menggunakan filter atau berdasarkan genre. Selain daripada itu terdapat juga fungsi carian untuk mencari movies atau pun tv show kegemaran anda. Anda juga boleh menambah torrent menggunakan fungsi URL ataupun file torrent dan addon ini akan mencari movie tersebut

add torrent

Versi quasar yang terdahulu memerlukan anda untuk memasukkan berbagai jenis provider untuk membolehkan addon ini berfungsi. Bagaimanapun dengan menggunakan cara dibawah, hanya perlu menggunakan satu sahaja multi-provider iaitu “Burst” dan ia membolehkan quasar mencari source torrent dengan lebih efisyen dan pantas.
————————————————————————————————

Bagaimana cara untuk mendapatkan Video Addon Quasar

Download plugin video Quasar : Link 1 @ Link 2

Langkah 1: Download plugin video quasar diatas

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “System” dan pilih “Setting”.
Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons”.
Langkah 5: Pilih “Install From Zip Files” dan pergi ke lokasi dimana file di download.

Langkah 6: Klik dan install “plugin.video.quasar-0.9.57.zip“.

Langkah 7: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi. dan boleh ke section Video untuk  mencari addon “Quasar“.

Langkah 8: Buka addon “Quasar” dan akan ade pop up menu untuk menginstall burst. Tekan Yes dan tunggu sehingga selesai.

burst
Langkah 9: Masuk ke menu “Add-on information” (menekan button menu atau keyboard “C”) dan pergi ke menu “Configure“. Pastikan anda memasukkan path untuk library dan download (ini merupakan file untuk temporary download). Selain itu anda boleh juga memasukkan id untuk “Open Subtitle” dan juga “Resolution Preference“.

download path

Langkah 10: Selepas itu pergi ke “System” dan pilih “Setting”. Pergi ke menu “Service“. Pastikan setting level diset ke “Expert“. Pilih “Remote control” dan enable dua fungsi seperti dibawah

enable remote

Langkah 11: Selesai.Kini anda perlu restart kodi dan Quasar boleh digunakan. Setiap kali anda membuka kodi akan ada notifikasi “kodi quasar daemon has started“.

source
hanya klik untuk autoplay ataupun access menu untuk memilih source
buffering
proses buffering akan mengambil masa beberapa min bergantung pada size dan kelajuan
shawshanks
selesai. kini anda boleh menonton tanpa masalah buffering lagi.
Pastikan anda set download path kepada external sd kerana size temporary yang besar akan menyebabkan internal sd anda penuh dan sekiranya ia terjadi aplikasi kodi akan terhenti. 
Selain itu anda juga boleh pergi ke configure dan memilih resolution ataupun source yang akan dicari dengan mengubah setting di Program addon – “Quasar Burst“.

resolution
resolution dan release type filter untuk quasar source


One Reply to “Quasar – Kodi Addon (Torrent Streaming)”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.