Kodi adalah free, open-source software yang telah direka khusus untuk home entertainment dimana anda boleh menonton pelbagai genre movie dan tv show, mendengar siaran radio dan music dan juga melihat siaran live tv dan juga live sport secara percuma.
Asal usul Kodi ini adalah daripada Microsoft Xbox dan digelar Xbox Media Centre (XBMC) pada masa itu. Setelah beberapa proses evolusi dan membentuk komuniti sendiri, nama XBMC telah di tukar kepada Kodi.
Buat masa ini, Kodi merupakan non-profit software dan telah di sponsor sepenuhnya oleh
XBMC Foundation dan sentiasa di upgrade dengan penambahbaikan oleh beberapa coders dan developer dari serata dunia. Dianggarkan terdapat lebih 500 software developers dan 200 translator yang membantu dalam proses penambahbaikan ini.
Bagaimana untuk mendapatkan Kodi
Disebabkan oleh Kodi merupakan open-source software, aplikasi ini boleh digunakan di hampir kesemua device dan OS. Sekiranya anda pengguna android box atau android phone hanya perlu pergi ke play store untuk mendownload dan install aplikasi ini.
Adalah digalakkan untuk mendownload aplikasi Kodi ini secara terus di laman web rasmi Kodi sendiri untuk mengelakkan daripada malware infection atau pun malicious code yang diletak didalam aplikasi daripada laman web luar.
Untuk mendownload aplikasi Kodi, hanya perlu pergi ke laman web :
https://kodi.tv/download dan mendownload aplikasi berdasarkan OS yang digunakan.
Sekiranya anda menggunakan LCD TV biasa sahaja, penggunaan android box yang disambungkan ke screen TV membolehkan anda untuk transform daripada LCD TV biasa kepada Smart TV. Ia adalah lebih murah dan effective berbanding anda membeli Smart TV yang mempunyai harga yang lebih mahal dan dengan fungsi yang limited.
Bagaimana untuk Setup Kodi
Kodi secara amnya hanya software yang mengandungi pelbagai jenis code yang membolehkan aplikasi ini untuk browse video, gambar, music, program dan pelbagai lagi entertainment media.
Untuk mendapatkan movie, tv show atau siaran live tv ini, anda hanya perlu memasukkan plugin Kodi yang dipanggil “Addon” ke dalam aplikasi ini (dalam bentuk zip file – jangan extract). Setiap Addon mempunyai genre dan content yang tersendiri. Oleh itu, pemilihan addon adalah yang penting supaya anda tahu content apa yang hendak dimasukkan.
Addon hanyalah code atau source yang telah di compile daripada website-website yang membolehkan anda menonton movie secara terus di Kodi tanpa perlu melalui iklan dan pop up, serta memudahkan urusan penyusunan dan pencarian movie.
Oleh itu, kualiti movie juga bergantung kepada source yang diambil. Amat jarang untuk mendapatkan HD kualiti daripada movie yang baru sahaja keluar wayang. Apa yang ada di Kodi, sebenarnya boleh didapati didalam website diluar sana.
Terdapat tiga cara untuk memasukkan addon :
- install from zip file (refer sini)
- install from repository (refer sini)
- copy dan paste file plugin.video.addon ke folder Kodi secara terus
Repository merupakan directory atau boleh dikatakan library yang mengandungi kompilasi video addon, program addon, music addon, skin dan berbagai lagi fungsi.
Addon atau
Repository ini boleh di download secara terus dalam bentuk zip file atau menggunakan source url.
Untuk memastikan bahawa addon yang dimasukkan akan di auto update, adalah digalakkan untuk memasukkan addon menggunakan install from repository.
Walaubagaimanapun tidak semua addon mempunyai
repository, dan terdapat
addon yang hanya mempunyai
plugin zip sahaja.
Selain menggunakan addon, anda boleh menambah movie dan tv show menggunakan direct link daripada internet terus kepada library Kodi anda. Penggunaan RSS media juga antara yang amat popular digunakan di Kodi tanpa perlu memasukkan addon.
Build dan Wizard
Selain daripada memasukkan addon secara manual satu persatu, terdapat satu cara lagi yang lebih mudah untuk memasukkan addon secara pakej. Cara ini amat sesuai untuk pengguna yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai addon apa yang hendak dimasukkan atau tidak mempunyai masa untuk setup profile sendiri.
Build merupakan skin Kodi yang telah di modified dengan penambahan addon dan juga pengubahan visual serta grafik daripada skin asal. Walaubagaimanapun penggunaan build memerlukan penggunaan storage yang agak besar dan penggunaan resource ram yang tinggi dan mungkin tidak sesuai sekiranya anda menggunakan device yang mempunyai kemampuan yang rendah. Pastikan anda memilih build yang sentiasa di update dan di kemaskini untuk mengelakkan sebarang masalah dan error semasa menggunakan Kodi.
Penggunaan
wizard seperti ares wizard dan
indigo misalnya membolehkan anda memasukkan addon secara terus ke dalam Kodi tanpa perlu mendownload zip file atau pun repository. Ia adalah amat mudah dan lebih pantas sekiranya anda tidak mahu menggunakan build.
Untuk menambah Build Kodi IPTV Malaysia ke dalam kodi boleh ⇨
refer disini.
Penggunaan Subtitle
Antara kelebihan Kodi adalah anda dapat menonton movie dengan mendownload subtitles secara terus dan akan dipasang terus ke movie yang sedang di tonton. Hanya perlu memilih bahasa yang ingin digunakan dan fungsi carian akan mencari subtitle berdasarkan bahasa yang telah diset.
Variasi Kodi
Versi terbaru Kodi buat masa ini adalah Kodi v17.3 Krypton. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, developer official Kodi telah menamatkan sebarang proses penambahbaikan ke versi Kodi v16.1 Jarvis dimana tanpa SSlv2.0 menyebabkan fungsi carian HD link telah di hadkan disebabkan connection kepada https tidak boleh dilakukan.
Ini menyebabkan pengguna android 4.4 kitkat (box putih hypptv terutamanya), mengalami masalah disebabkan oleh Kodi v17 Krypton yang hanya support android 5.0 lollipop, keatas sahaja.
Disebabkan oleh itu, terdapat beberapa 3rd party developer yang telah melakukan proses pengubahsuaian code dan penambahan latest python untuk mengatasi masalah ini. Antaranya adalah,
FTMC – Fork Kodi dari Freaktab menggunakan Kodi v16.1 Jarvis
Mygica – Fork Kodi dari Mygica menggunakan Kodi v17.1 Krypton.
SPMC – Fork Kodi dari Koying menggunakan Kodi v16.1 Jarvis tetapi dengan lebih advance function (Android 5+)
Sekiranya anda pengguna android box yang hanya mempunyai android 4.4 kitkat, adalah digalakkan untuk menggunakan FTMC atau Mygica untuk membolehkan anda mendapatkan lebih banyak link HD.
Walaupun mempunyai variasi dan nama yang berbeza, fungsi asas dan interface aplikasi ini masih sama seperti Kodi. Oleh itu, sebarang addon, repository dan build boleh diguna pakai untuk kesemua variasi Kodi ini.
Pemilihan Addon
Terdapat banyak addon diluar sana yang mungkin akan memeningkan kepala anda sekiranya mahu di cuba satu persatu. Disini kami akan memberi sedikit panduan dan pemilihan addon yang dirasakan amat terbaik dan masih lagi berfungsi pada masa ini.
Troubleshot dan Buffering
Penggunaan Kodi memerlukan anda untuk menggunakan internet dengan kelajuan > 5mbps. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa melayari movie atau live tv.
Antara masalah yang kerap terjadi adalah buffering dan antara cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan
Easy Advance Function untuk setkan beberapa parameter supaya masalah ini dapat diatasi.
Selain dari daripada itu, untuk penggunaan lebih efisyen adalah digalakkan untuk user
transfer data kodi ke external (sd card). Ini untuk memberi ruang kepada system untuk memproses dan melancarkan kelancaran system dan sekaligus mengelakkan sebarang masalah kepada Kodi sekiranya storage tidak mencukupi.
Sekiranya anda mengalami beberapa error di dalam penggunaan Kodi, boleh refer kepada
log error dan juga semak bahagian
Kodi Fix Guide yang telah kami sediakan untuk sebarang masalah yang sering terjadi dan cara mengatasinya.
Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dan Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna!
Like this:
Like Loading...
Related
Admin. saya dah masukkan build Kodi IPTV Malaysia. Tp dah jadi slow sgt pulak.
Macam mana nk balik ke asal ye?
Admin klu untuk windows , better guna versi windows or install on android emulator ?
pakai window terus la.. satu hal plak nk setup android emulator 😉
saya pakai android box…kalau nak add on terus ke kodi atau nak download dulu…minta pencerahan…
Admin saya cuba untuk install kodi exodus dalam tab teclast x98 tapi tak dapat install, boleh tunjukkan cara untuk install exodus dalam tab teclast saya ni
saya dah install kodi…tapi bila nak buka androidreplubica tak boleh…keluar kena update…mcm mana mau update?
Download: Kodi 17.3 APK: Kodi v18: Windows 64-bit http://seek4codes.blogspot.com/2017/06/kodi-v18-windows-64-bit.html?spref=tw
follow guide kat atas tu
follow guide kat atas
admin..sy da install mygica ke tmbox putih sy..try masuk repo..tp bila da add xleh nk install dia pnya addon..bila connect pastu x jadi pape.
kalau android version 4.4.2 tu camne ye?
Mcm mne nak balik skin asal ye?
Solutions and troubleshooting tips for common internet issues like DNS failed, server login error,err cache error etc are available here.
Thanks for posting a detailed guide on this. This is really helpful. Tweakbox Helper
Mcm mana nak install kodi ke iphone?
search..ada share post
mcm mana nak addon subtitel malay
search dalam website ni. banyak dah share