Youtube addon merupakan antara addon paling banyak digunakan di dalam Kodi. Banyak developer yang menggunakan youtube sebagai addon supporter didalam project mereka.
Selain daripada itu, penggunaan addon youtube, di android box terutamanya adalah amat senang berbanding menggunakan aplikasi youtube disebabkan oleh beberapa faktor seperti interface yang dan selection link yang mudah
Bagaimanapun terdapat beberapa masalah yang akan dihadapi oleh pengguna youtube addon seperti “Exception in ContentProvider” dan juga yang paling popular “Quota Exceeded”. Notification yang selalu diterima adalah daily limit exceeded.the quota will be reset at Midnight Pacific Time.
Masalah ini terjadi disebabkan oleh peningkatan dalam penggunaan Kodi diseluruh dunia. Google telah menghadkan API usage menyebabkan quota untuk penggunaan youtube addon berkurang menyebabkan berlakunya masalah seperti “Quota Exceeded”.
Beberapa cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini seperti meningkatkan cache size ke tahap maximum iaitu 20MB.
Cache size dinaikkan ke 20MB |
Bagaimanapun ini hanya lah sementara dan tidak dapat mengatasi sepenuhnya masalah diatas. Penyelesaian terbaik adalah dengan membuat sendiri API Key anda. Caranya amat mudah dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja. API Key ini boleh digunakan di kesemua device anda. Elakkan berkongsi API Key untuk sebarang masalah.
———————————————————————————————————
———————————————————————————————————
Bagaimana untuk mengatasi “Quota Exceeded” di Youtube Addon
Langkah 1: Pergi ke web Google Cloud Platform dan “Create project”. Anda perlu mempunyai account google terlebih dahulu.
Langkah 2: Namakan project anda dengan apa-apa sahaja nama
Langkah 3: Pergi ke menu Library dan klik “YouTube Data API”.
Langkah 4: Selepas itu, tekan menu “Enable”.
Langkah 5: Selepas itu pergi ke menu “Credential” dan “Create Credential”
Langkah 6: Pilih menu yang pertama iaitu “API Key”.
Langkah 7: Menu pop up “API Key created” akan muncul, copy key ini dan tekan “CLOSE“.
Langkah 8: Selepas itu klik menu yang kedua “OAuth client ID”.
Langkah 9: Menu Create client ID akan muncul dan klik pada “Configure consent screen“.
Langkah 10: Isikan maklumat “Credentials” anda. Hanya perlu mengisi email address dan juga product name. Selepas selesai tekan “Save“.
Langkah 11: Selepas itu diruangan “Application type” pilih “Other“. Anda boleh menamakan apa sahaja. Tekan butang “Create“.
Langkah 12: Selepas itu, satu pop up menu untuk “OAuth client” akan keluar. Anda perlu “Copy” kedua key ini dan tekan “OK“. Pastikan anda remove apps.googleusercontent.com dari client id key.
Langkah 13: Masuk semula ke Kodi anda. pastikan anda mempunyai latest youtube addon. Install disini sekiranya masih belom ada, sila download.
Langkah 14: Masukkan id google di ruangan “Sign in”. anda perlu melakukan proses pengesahan sebanyak dua kali.
proses pengesahan id youtube |
anda perlu memasukkan kod di http;//youtube.com/activate. Dua proses pengesahan perlu dilakukan |
Selepas masukkan kod sila “Allow” untuk proses pengesahan kedua |
Pengesahan untuk penggunaan kodi di youtube account anda. |
Langkah 15: Selepas itu pergi ke menu add-on setting dengan menekan menu atau “C” semasa memilih addon youtube
highlight youtube addon dan tekan menu atau C di keyboard |
Langkah 16: Pergi ke menu “API” dan klik pada “Enable Personal API Keys“. Kemudian masukkan “API Key” serta “OAuth client” dari proses diatas.
Sila aktifkan Enable Personal API Keys |
Masukkan key yang didapati dari proses diatas. |
Langkah 17: Kini anda boleh melayari youtube di Kodi tanpa sebarang masalah
Menu utama addon Youtube |
API secret nk dpt kt mne?
tuan,
camaner nak remove apps.googleusercontent.com dari client id key ?
client key to number je.. so boleh delete part xxxxxxx.apps.googleuserconten.com secara manual…
Thanks Admin…success…
utk confirm balik…client ID tue ambik yg number saja ker?xxxxxxx.apps.googleuserconten.com number yg number depan saja ke ID utk key in dlm kodi youtube?
yup.. amik yang xxxxx itu sahaja.. .apps.googleusercontent.com tak perlu masukkan
Admin. Google cloud charge ccard usd1 tu normal ke untuk regist.. tq
free saja
Ok thanks admin
Lagi satu. API setting dah success. Cuma API ni per device or boleh share dgn device lain. Contoh saya ada 3 android box
API ni boleh digunakan di mana-mana device. nak share dengan orang lain pun boleh..
Oauth client nk kena isi dalam api id ataupun api secret?klu isi dlm api id then dlm api secret nk kena isi apa?
oauth client utk id dan secret.. dia kasi dua no kan