Filem Melaya – Kodi Addon (Malaysia Addon)

Addon dari Indiecrew 

Filem Melaya video add-on telah dihasilkan oleh developer Indiecrew. Addons ini merupakan addon buatan malaysia yang lebih tertumpu kepada Filem Melayu, Telefilem, TV Malaysia, Siaran Radio Malaysia dan juga Karaoke. Selain daripada Filem Melaya, Indiecrew juga sangat popular dengan addon MrNetworkProject.

Addon ini membolehkan anda untuk menonton filem malaysia dengan kualiti yang agak memuaskan. Berbeza dengan addon lain, filem melaya tidak mempunyai multi source, hanya perlu klik dan play sahaja. Selain itu terdapat juga siaran filem dari tahun 1980 – 1940.

menu utama Filem Melaya

Siaran live tv yang digunakan adalah dari siaran percuma di malaysia dan terdapat juga siaran radio tempatan untuk anda nikmati. 

siaran radio tempatan

Apa yang menarik di addon ini adalah, ruang karaoke. Haa, boleh la menyanyi sambil melayan lagu-lagu old school dulu-dulu. Sumber yang digunakan adalah dari youtube.

Siaran tv tempatan
 ————————————————————————————————
Bagaimana cara untuk mendapatkan addon Filem Melaya

Langkah 1: Download Repository MrNetworkTV diatas

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “System” dan pilih “Setting”.
Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons”.
Langkah 5: Pilih “Install From Zip Files” dan pergi ke lokasi dimana file di download.

Langkah 6: Klik dan install “repository.projectmrnetwork-0.0.0.1.zip“.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi “Project Mr Network”.

Langkah 9: Klik “Video add-ons” dan install “filem melaya”.

Langkah 10: Sila tunggu sehingga keluar notifikasi. dan boleh ke section Video untuk  menonton  rancangan kegemaran anda.

Menu Filem di addon Filem Melaya
Terdapat semua filem melayu terbaru disini
Ruang karaoke untuk yang gemar menyanyi
Source diambil dari Youtube

Enjoy! Jangan Lupa Like FB Page kami untuk update terkini ; Kodi IPTV Malaysia


9 Replies to “Filem Melaya – Kodi Addon (Malaysia Addon)”

  1. Tatacara nak install Filem Melaya ni tak lengkap..Sepatutnya diterangkan cara nak install repository.projectmrnetwork-0.0.0.1.zip dalam kodi..Kodi saya dalam smart tv saya.Saya sudah download repository.projectmrnetwork-0.0.0.1.zip .Tapi bagaimana nak terus kan?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.