Just Video Feeds – Stream Video dari Facebook

Facebook telah pun melancarkan video streaming apps untuk fourth-gen Apple TV. Antara kelebihan menggunakan apps ini adalah anda boleh menonton video yang di share oleh kawan, live video recording dari serata dunia dan juga bermacam-macam lagi. Selain daripada itu, apps ini memudahkan anda untuk melihat kembali video-video yang pernah di like sebelum ini.

Buat masa ini masih lagi tiada berita mengenai aplikasi ini di android. Walaubagaimanapun terdapat alternatif untuk melihat video di facebook secara terus di android tv anda. Just Video Feeds merupakan medium perantara yang membolehkan anda untuk melihat video dari page yg anda telah Like dan Follow.

Banyak page-page di facebook yang sudah menggunakan platform ini untuk menyiarkan live stream dengan kualiti yang agak memuaskan. Acara seperti Motogp, Badminton, Siaran Bola Sepak Tempatan dan juga Siaran Maharaja Lawak pun boleh didapati dengan mudah secara full screen.
Bagaimana untuk mendapatkan Just Video Feeds?

Langkah 1: Hanya perlu download dan install aplikasi diatas. 
Langkah 2: Like mana-mana page di facebook yang menyiarkan siaran live ataupun video streaming.
Langkah 3: Pergi ke Just Video Feeds dan favourite kan page untuk memudahkan proses pencarian.

Latest Comments

  1. Tanpa Nama March 26, 2017
  2. Kodi IPTV Malaysia March 26, 2017

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Promosi pembelian IPTV sahaja, sila masukkan code : | kodimalaysia | untuk menikmati diskaun pada masa terhad Dismiss

%d bloggers like this: