Malaysia Streaming Society Build

Sebelum ini kami ada berkongsikan mengenai mystream build v1.5 daripada developer z_dane dari ares project. Build mengenai addon dari developer tempatan. Kali ini kami akan kongsikan lagi satu build dari local developer, Malaysia Streaming Society dari saudara Salahuddin.

Malaysia Streaming Society merupakan build yang di custom mod kan untuk pengguna kodi Malaysia. Boleh dikatakan hampir kesemua addon buatan malaysia telah dimasukkan kedalam build ini. Anda tidak perlu pening memikirkan cara mencari addon Malaysia lagi kerana dengan custom build ini, kesemua addon akan di auto update.

Malaysia Streaming Society ni hanya boleh digunakan untuk  Kodi v16 a.k.a Jarvis dengan menggunakan Skin  Aeon Neox Silvo sebagai base.

  • Kodi Version : Kodi 16 Jarvis
  • Size: 186MB
  • Recommended Device : Windows , Mac OS, Android Device (ram>2GB). 

Antara addon yang di auto install didalam build Malaysia Streaming Society

Malay ⇨ Malay Video Online (MVO), Layan On9, Zon Kuliah, Citer Kiter, My Animasi
English ⇨ Exodus, Silent Hunter, Specto, SALTS, 1Channel
TV Shows ⇨ Menubar configured mainly from Exodus
Asia ⇨ DramaGo

Walaupun penggunaan build ini amat menarik, tetapi ia memerlukan penggunaan resource RAM dan juga space yang besar. Sekiranya anda mempunyai device yang mempunyai spec yang agak rendah, kemungkinan boleh menyebabkan device atau Kodi kurang responsive.
———————————————————————————————————

Bagaimana memasukkan Malaysia Streaming Society Build

Anda boleh mendapatkan addon ini dengan menambah source dengan menggunakan link ini ⇨ http://shaizam.96.lt/ (rujuk sini cara untuk menambah source). Ataupun mendownload repository shaizam dibawah secara terus

Langkah 1: Download Repository Shaizam diatas (Tunggu 4-5 saat dan skip ad).

Langkah 2: Buka aplikasi “Kodi“.

Langkah 3: Pergi ke “System” dan pilih “Setting”.
Langkah 4: Kemudian klik “Add-ons”.
Langkah 5: Pilih “Install From Zip Files” dan pergi ke lokasi dimana file di Download.

Langkah 6: Klik dan install repository.malaysiastreamingsociety-1.01.zip”.

Langkah 7: Tunggu sehingga notifikasi “Add-ons Updated”.

Langkah 8: Pilih “Install From Repository” dan pergi “Malaysia Streaming Society Repository”.

Langkah 9: Klik “Program add-ons” dan install Malaysia Streaming Society Kodi Build“.

Langkah 10: Kodi akan Reboot / Force Close selepas selesai proses installation. Masuk semula dan Malaysia Streaming Society Kodi Build akan di install dan setup kedalam system.

————————————————————————————————————
Antara menu-menu yang terdapat didalam build ini adalah seperti berikut :
Asia Menu

English Movie Menu

Malaysia Movie Menu

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan addon ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dah Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 

0 Replies to “Malaysia Streaming Society Build”

  1. boss…saya nak tanya berkenaan adrian tv…saya dah add on…tapi dlm tak naik kat bahagian video add on…hanya ada sportie shj.adakah ianya hanya utk kodi krypton..sbb saya guba jarvis

  2. Assalammualaikum… Terima kasih Tuan Tanah yang dihormati di atas review yang diberikan…. Untuk menjawab soklan2 yang diutarakan, izinkan saya untuk menjelaskan sepertimana di bawah:-

    1. hypptv yg putih tuh bole tak? – Saya sendiri ada menggunakan box putih ni di dalam bilik anak saya. Ya, boleh digunakan.
    2. dah try guna tapi macam mana nak setting subtitle melayu? – Tekan Settings – Video – Subtitles. Pergi ke Languages to downloaded subtitles for dan pilih Malay.
    3. boss..kenapa add on does not have correct structure ni…boleh kasi pencerahan.gua noobie doobie doo… – Structure yg macamana tu? Boleh perincikan lagi dan saya akan jawab detailed.
    4. Knapa lepas saya install build ni..kodi asik force close. – Sebab OS pada box yg awak gunakan. Sebilangan pengguna Android OS Marshmallow memang diketahui mempunyai masalah pada Kodi 16.1. Untuk mengatasi, pergi ke settings, video, acceleration section and disabled "Allow hardware acceleration (amcodec); kemudian quit Kodi anda dan buka semula.
    Bila addons ini di gunakan untuk kodi v17 krypton? TKS – Masih di dalam proses. Saya sibuk dengan kerja hakiki sikit sekarang ni, Harap tuan2 bersabar. InsyaAllah dalam masa terdekat akan saya usahakan.

    Terima kasih pada semua dan terutamanya kepada Tuan Tanah atas review dan komen2 yang diberikan. Jazakallahu Khairan Ya Sa'diq….

    – Salahuddin Al-Ayyubi –

  3. Salam En Salahudin,

    1. Saya dah install di Hypptv Box putih. memang working fine. 🙂
    2. Saya ada masalah nak bukak yang malay punya section, keep keluar. Dia just buka directory saja.
    3. Untuk tv series omputeh, memang best. semua working, dok layan TBBT satu season sejak 2 hari lepas. Cuma nak tanya, ada cara untuk search tv series? now rasanya cuma ada mengikut kategori mcm popular, people watching, etc. Tengah cari Battlestar Galactica sbnrnya 🙂

    Thanks sbb buatkan benda yang awesome ni. memang tiptop.

  4. Salam Tuan Syamil,

    Addon untuk Malay section ada yg tidak berfungsi utk seketika. Kemungkinan tuan punya addon sedang kemaskini.

    Untuk search function memang ada. Salah satu cara, click di Exodus, pergi ke permulaan addon Exodus dan cari fungsi Search.

    Terima kasih.

    – Salahuddin Al-Ayyubi –

  5. Salam…saya juga menghadapi masalah kodi force close…saya guna android box T95X…kalau masih force…macamane nak kembalikan ke kodi yang asal…minta tunjuk ajar…terima kasih.

  6. admin,
    link DOWNLOAD =https://www.hostinger.my/cpu_limit_reached
    tidak dapat fail lagi.
    Mintak admin repair DOWNLOAD link dan post semula
    sekian terima kasih
    andriod version 4.4.2

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.