Community Edition Media Center – CEMC (Kodi Fork)

Sebelum ini kami ada berkongsikan mengenai SPMC  dan juga FTMC yang merupakan alternatif terbaik untuk penggunaan Kodi di android box, kali ini kami akan berkongsi kan satu lagi alternatif iaitu CEMC.

Sekiranya anda pengguna Kodi 16.1 Jarvis, pasti anda sudah mengetahui mengenai HTTPS support yang tidak lagi di update di dalam Kodi version 16 Jarvis oleh developer Kodi dan boleh dikatakan hampir kesemua link HD tidak dapat lagi di scrapt didalam addon Exodus dan juga Specto. Semua ini disebabkan oleh sharing site da implements TLS v1.1 / v1.2 connections protocol (previously SSL) yang mana perlu menggunakan HTTPS untuk access content streaming site ini.

Punca sebenar bukanlah disebabkan oleh kekangan hardware untuk support HTTPS, tapi lebih kepada penggunaan python version yang tidak compatible dengan  kebanyakkan hosting atau streaming site  yang telah beralih kepada TLS v1.1 / v1.2 socket.

Terbaru, beberapa developer dari Community Edition Media Centre telah pun membuat forked Kodi dengan mengupgrade python modules kepada 2.7 yang mana compatible dengan SSLv2 dan boleh mengakses streaming site yang menggunakan HTTPS. Seperti juga Mygica, CEMC membolehkan pengguna box android 4.4 menggunakan Kodi Krypton based dan boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

Update terbaru daripada CEMC telahpun memasukkan patch untuk security vulnerability ;

  • Patched for recent Subtitle vulnerability
  • Updated Python to 2.7.12 for HTTPS support same as Krypton(17.3)
  • Fix for Official Kodi Repository block
  • Updated libpng and openssl
Bagaimana untuk mendapatkan CEMC- Kodi 17.3 Fork di android 4.4

Untuk pengguna android box yang masih menggunakan android 4 kitkat, terutamanya HyppTV Box boleh menggunakan aplikasi ini untuk menggantikan penggunaan Kodi 17 Krypton. Ini membolehkan anda untuk mendapatkan HD Source dan mengelakkan Playback Error disebabkan oleh SSL v2 compliant. Boleh mendownload aplikasi ini secara terus di Play Store ataupun mendownload secara terus apk dibawah


Langkah 1: Download dan Install aplikasi apk diatas.


Langkah 2: Sekiranya mempunyai masalah failed to parse package, pastikan anda mendownload menggunakan pc atau desktop mode.

Sekiranya anda tidak dapat memasukkan aplikasi ini atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah. Like dah Share post ini sekiranya anda rasa ia sangat berguna! 


0 Replies to “Community Edition Media Center – CEMC (Kodi Fork)”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.